kite kawan

23 August 2011

~~alamak macam mana boleh tak perasan nie!

Salam buat semua.

Tadi kan aku ada check baju raya aku. Baju raya aku dah siap bulan 6 lagi kalau tak silap. Aku simpan baju raya tu kemas-kemas dalam paper bag. Aku nak tengok baju raya ada matching tak ngan tudung sedia ada. Kalau takde, kena cari tudung baru. Hehe. Pastu aku ada keluarkan tudung kaler pink sebab aku memang tak ingat langsung kaler baju raya aku tu. Aku selalu cakap baju raya aku kaler pink kalau kawan aku tanya.

~baju rayaaaaaaaa.. 3 pasang je tahun nie~

Alih-alih aku tengok baju raya aku bukan kaler pink! Tapi kaler lain. Aikk macam mana aku boleh lari tema nie. Biasa tiap-tiap tahun, wajib bagi aku kaler pink sekurang-kurangnya sehelai. Hmm.

Nampak gaya kena beli tudung raya la nie. Kehkehkeh. Kalau kaler pink, mesti tak payah beli tudung baru dah. Tudung kaler pink dari tone pucat ke terang aku ada. Huhu. Tapi kan tapi kan, dengar-dengar cite esok Mom nak ajak shopping, wah bestnya boleh beli tudung raya! Hakhak.

ps; Baru tahu tahun nie matching ngan ehem-ehem tanpa di rancang. Hikhik.

Babai! 

3 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

Bulan said...

3 je???

ifa 2 taw :P

selamat hari raya eina :)

dak eina said...

@Bulan

hihi 3 je taun nie.. xpe 2 pon banyak gak tu ifa.. :) selamat hari raya gak..jemput dtg umah k ifa raya nie..huhu ^^

Wanie said...

huhu..3 je ye..nape wanie ade satu je?

acece, yela tu tak dirancang eh..:P


design with love by Dak Eina