kite kawan

13 June 2011

~~belajar buat doodle pagi-pagi buta nie. huhu best!

Salam Buat Semua.

Esok sekolah dah bukak kan, saya tak tido lagi, nanti kalau mengantuk kat sekolah esok macam mana? Oh ye, lupa nak bagitahu, saya budak tingkatan 2. Umur 22. Haha! 

Hope adik-adik blogger yang masih bersekolah tu dah siap semua lah ye. Akak pon sekolah jugak esok nie. Sekolah kat shopping mall. Hihi :P Dah plan nak keluar ngan kawan, harap menjadi la ye. Kita nie mampu merancang je. Ajal maut jodoh pertemuan, Allah SWT yang tentukan =)

Memandangkan malam nie boring seboring-boringnya *ada ke wei??* Jadinya, saya blogwalking secara rawak. Wah gitu! So terjumpa entry pasal doodle nie. Kalau nak tahu, banyak jugak saya bookmark-kan blog yang cite pasal doodle. Ada yang guna Photoshop, paint tapi kena pulak time tu tak berapa rajin memang rajin bookmark je la. Buatnya tidak! Haha. Bila dah boring nie jumpa pulak doodle senang, apa lagi kan, teruslah buat. 

Maka, dengan usaha dan kerajinan yang meluap-luap, terjadi lah doodle seperti di bawah.

~haruslah kaler pink.. hihi~

Huhu. Amacam? Jadi tak? Kalau nak belajar boleh pegi terjah blog Azmeer Ahmad Shahruddin. Kalau nak tengok entry dia ajar buat doodle gaya dia, klik sini.

Best giler belajar buat doodle nie. Nanti nak try buat doodle laki pulak tapi entah bila pulak rajin nak datang. Hahaha. Ok, nak tido dah.

Babai!

design with love by Dak Eina