kite kawan

29 August 2011

~~tak lama dah nak raya, ai busy yu :)

Salam Buat Semua.

Eh dah Isnin, pastu Selasa! Pastu raya dah kan??! Jom kita kira berapa hari lagi sebelum pegi daftar u (T_T)

Kalau boleh nak lewatkan seminggu pegi Perlis. Huhu tapi mana boleh! :P

Ok, aku dah siap semuanya dari baju raya, tudung raya, kasut raya. Hee tapi bab biskut raya lagi satu tak siap. Hihi. InsyaAllah esok kalau larat, aku buat la. Kalau tak larat, tak payah buat. Dah banyak dah kat dapur tu. Huhu. Tahun nie banyak pulak buat biskut raya even adik-beradik aku semua tak raya kat sini. Sedih T_T

Hmm takpe la diorang kan dah ada family masing-masing mesti la ikut turn balik raya umah mertua. Pastu ada yang kena keje time raya. Nasib la kan :)

Oh ye, aku ngah demam nie. Demam nak raya ke demam dah tak lama nak tinggalkan family? Itu aku pon tak tahu. Hehe.

Ok la sebelum terlupa, aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri kat kawan-kawan blogger, followers blog nie..." Sorry dah lama tak balas jejak. Busy la dekat-dekat nak raya kan. Nak kena buat persiapan nak pegi U lagi. Hmm..


~sumber; sini~

Maafkan aku selama aku blogging nie. 0-0 eh?

Babai!

2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

aiman mania said...

tahniah dapt p u...selamat hari raya jugak...maaf zahir dan batin...("<)
pos2lah biskut raya jugak..^^

Wanie said...

ye 0-0 eina :)
selamat hari raya..
jemput datang umah..lalala


design with love by Dak Eina