kite kawan

31 August 2011

~~Wordless Wednesday : Duit raya tahun ini!

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

Babai!

29 August 2011

~~tak lama dah nak raya, ai busy yu :)

Salam Buat Semua.

Eh dah Isnin, pastu Selasa! Pastu raya dah kan??! Jom kita kira berapa hari lagi sebelum pegi daftar u (T_T)

Kalau boleh nak lewatkan seminggu pegi Perlis. Huhu tapi mana boleh! :P

Ok, aku dah siap semuanya dari baju raya, tudung raya, kasut raya. Hee tapi bab biskut raya lagi satu tak siap. Hihi. InsyaAllah esok kalau larat, aku buat la. Kalau tak larat, tak payah buat. Dah banyak dah kat dapur tu. Huhu. Tahun nie banyak pulak buat biskut raya even adik-beradik aku semua tak raya kat sini. Sedih T_T

Hmm takpe la diorang kan dah ada family masing-masing mesti la ikut turn balik raya umah mertua. Pastu ada yang kena keje time raya. Nasib la kan :)

Oh ye, aku ngah demam nie. Demam nak raya ke demam dah tak lama nak tinggalkan family? Itu aku pon tak tahu. Hehe.

Ok la sebelum terlupa, aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri kat kawan-kawan blogger, followers blog nie..." Sorry dah lama tak balas jejak. Busy la dekat-dekat nak raya kan. Nak kena buat persiapan nak pegi U lagi. Hmm..


~sumber; sini~

Maafkan aku selama aku blogging nie. 0-0 eh?

Babai!

25 August 2011

~~Spontaneous Thursday #12

Salam Buat Semua.


Jangan nak mulut laser sangat boleh tak?

Sekali aku terasa hati, selamanya aku akan ingat.


Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


Babai!

24 August 2011

~~Wordless Wednesday : Kegilaan semua! Hee.

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

ps; Korang dah shopping raya belom?

Babai!

~~Wordless Wednesday : Kasut raya?

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;

Babai!

23 August 2011

~~alamak macam mana boleh tak perasan nie!

Salam buat semua.

Tadi kan aku ada check baju raya aku. Baju raya aku dah siap bulan 6 lagi kalau tak silap. Aku simpan baju raya tu kemas-kemas dalam paper bag. Aku nak tengok baju raya ada matching tak ngan tudung sedia ada. Kalau takde, kena cari tudung baru. Hehe. Pastu aku ada keluarkan tudung kaler pink sebab aku memang tak ingat langsung kaler baju raya aku tu. Aku selalu cakap baju raya aku kaler pink kalau kawan aku tanya.

~baju rayaaaaaaaa.. 3 pasang je tahun nie~

Alih-alih aku tengok baju raya aku bukan kaler pink! Tapi kaler lain. Aikk macam mana aku boleh lari tema nie. Biasa tiap-tiap tahun, wajib bagi aku kaler pink sekurang-kurangnya sehelai. Hmm.

Nampak gaya kena beli tudung raya la nie. Kehkehkeh. Kalau kaler pink, mesti tak payah beli tudung baru dah. Tudung kaler pink dari tone pucat ke terang aku ada. Huhu. Tapi kan tapi kan, dengar-dengar cite esok Mom nak ajak shopping, wah bestnya boleh beli tudung raya! Hakhak.

ps; Baru tahu tahun nie matching ngan ehem-ehem tanpa di rancang. Hikhik.

Babai! 

~~Giveaway Raya Pelangi.

Salam Buat Semua.

~klik banner kalau nak join~

Banner dia lawa kan? Hihi hai Cik Pelangi. Hee :P

Malam nie mood tengah ok. So meh la kita join GA yang Cik Pelangi anjurkan nie. Dah lama kot tahu pasal GA nie tapi malam nie baru join. Hihi.

Syarat-syaratnya boleh tengok sini.

Ok, sekarang meh aku jelaskan apa yang ada dalam minda aku pada perkataan PELANGI.

Bila sebut je PELANGI. Yang terlintas dalam fikiran Eina ialah; PELANGI tu berwarna-warni. Kita dapat tengok PELANGI lepas hujan. Tapi PELANGI tak selalu muncul la. Kalau dapat tengok PELANGI, siyes sengih-sengih tahu sebab ia sangat-sangat-sangat cantik! Teringat zaman kecik-kecik dulu bila nak tunjuk PELANGI yang muncul tu, jangan tunjuk ngan jari, tunjuk ngan bibir je. Hahaha. Nanti kudung jari tu.. Boleh percaya ke?

Last, aku nak tag kawan lama aku, Seya Todak! Siap~

ps; Ade ke pelangi kembar macam dalam cite Nora Elena tu?

Babai!

22 August 2011

~~sedih, takde mood.

Salam Buat Semua.

Aku ada cite sedih.

Tapi aku tak tahu aku patut tak cite kat sini.

Hmm..

Selalu je takde mood kalau pasal benda nie.

Kenapa bulan puasa pon ada syaitan eh?

Ok la nak offline dulu.

Babai!

20 August 2011

~~PTPTN..... buat aku tak leh tido!

Salam Buat Semua.

Huarghhh betul urat kejap. Hehek. Seharian aku tak update blog. Kenapa? Jawapan sama boleh?? ----> BUSY. Hampeh tul!

Ok berbalik kepada tajuk. Siyes sapa yang apply PTPTN memang ngah stres semua sebab sejak semalam, PTPTN dah menjalankan tugas. Wah apa entah perkataan yang betul kat situ. Tapi takpe, abaikan. Hmm PTPTN ada hantar emel kepada pemohon-pemohonnya *abaikan k penggunaan ayat yang macam budak sekolah nie eh, aku tak leh nak fikir dah untuk sedapkan ayat aku huahuahua*

Aku pon baru tahu je yang pasal PTPTN hantar emel nie. Terima kasih Cik Nini sebab post kat wall group Unimap. Tahu jugak ai nie. Maklum la aku jarang nau cek emel. Huhu. Sekali 300-400 inbox. Jenuh nak delete semua. Haha. Semua datang dari facebook. 

Oiii jauh dah nie. Pastu aku pon laju je la on emel aku. Alih-alih non ado pon emel PTPTN nie. Takut gak kalau tak lulus sebab aku nie kira berhutang dah ngan PTPTN sebab pernah mohon time buat diploma dulu. Aku pon buat derk je la. Tunggu je la sikit masa lagi. Maklum la yang apply nie bukan 100,200 orang. Boleh jadi ribu-ribu juta-juta. Huhu pastu aku pon abaikan emel tu. 

Pastu dalam pukul 5pagi tadi aku tergerak nak bukak emel dan kali nie ada emel dari PTPTN. Giler siyes berdebar-debar ok! Jantung rasa dah cecah lantai =.='

Sekali bila tengok keputusan permohonan, kembali stabil jantung aku. Huhu.


Permohonan pembiayaan Pendidikan PTPTN anda telah diluluskan.

Padehal aku cek emel tadi dalam jam nie la. Apesal takde?! Tak pasal-pasal aku tak tido sebab fikir hal nie. Huhu.

Isnin nanti nak try call PTPTN la tanya pasal penangguhan pembayaran sebab aku dengar-dengar cite kena buat yang tu dulu. Hmm entah lah. Korang ada pengalaman pasal PTPTN nie tak? Share sini k! TQ.

Ok, tunggu Subuh pastu aku nak tido. Kepala aku dah tak betul dah nie ~.~

Babai!

18 August 2011

~~Spontaneous Thursday #11

Salam Buat Semua.


Hey kalau raya je mesti semua nak baru kan?


Blog aku pon tak terkecuali.


Ce cari la ape yang baru. Huahua.


Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


ps; Rajin benar aku update blog sekarang nie. Huhu.

Babai!

~~Spontaneous Thursday #10

Salam Buat Semua.


SAYA KURANG GEMAR KEPADA PEROKOK. KALAU NAK MEROKOK BOLEH. BOLEH TAK PEGI MEROKOK JAUH-JAUH?

Hormatlah saya sikit :)

Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.

ps; Kepada abang-abang, pakcik-pakcik, bulan puasa nie merokok lepas berbuka k! :)

Babai!

~~Spontaneous Thursday #9

Salam Buat Semua.


Baju raya saya kaler .....
*cuba la teka*

Baju raya awak kaler ape?

Share la ngan saya.

Hee gediknya saya ~.~



Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.



Babai!

17 August 2011

~~Wordless Wednesday : Original ke faker?

Salam Buat Semua.




Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;

ps; Kalau Ramzul baca blog aku nie, bangga aku! Haha.

Babai!

~~Wordless Wednesday : Ayam bakar... Sedappppppnya!

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;

Selamat berbuka puasa semua! (^_^)V

Babai!

~~Wordless Wednesday : Bagus untuk tulang :)

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)

sumber;
http://www.facebook.com/WordlessWednesdayMy

ps; Gambar semalam nie. Aku puasa laaaaaaaaa!

Babai!

16 August 2011

~~pasang lagu raya.. hihi.

Salam Buat Semua.

Blog bunyiiiiiiiiiiiiii lagu raya dah!!!!! Hihi :P

Aku nie mengalahkan orang yang duduk di perantauan pulak kan. Padehal dari 1 Ramadan sampai ke akhir Ramadan nie aku duduk umah je. Dari bersahur hingga ke berbuka kat umah je. Tapi lagu kat blog melebih pulak. Hee :P

Oh lupa, kalau tak suka, pause la eh. Maklum lah kita nie cita rasa lain-lain. Sama jugak cam lagu raya, aku suka lagu nie, korang mesti ada suka lagu lain kan. Hihi.

Menarik tak lagu raya kali nie? Versi instrumental. Hihi aritu rasa nak letak lagu nie. Tapi bila usha-usha kat Youtube tadi, jumpa yang versi nie. Menarik! Lain dari yang lain. 

Aku akan letak video kat sini tapi kena pause dulu la lagu yang autoplay tu. Sorry menyusahkan korang :)


Ok enjoy!

Babai!

15 August 2011

~~dapat jugak aku tolong kawan aku.

Salam Buat Semua.

Meh dekat sikit meh. Nak cite sikit nie haa. Petang tadi aku ada tolong kawan aku edit blog dia.

~tunjuk sikit blog dia~

Fuhh sejam lebih edit blog dia. Puas hati aku tapi tak tahu la dia suka ke tidak.


~klik tuk tumbesaran~

Alhamdulillah, dia suka. Aku pon senang hati bila dapat tau dia suka :)

Nak tengok tak blog dia? Dia masih baru lagi dalam blogging nie. Boleh la kita sama-sama support dia k. Nama dia Sue..

Klik sini laju-laju tuk pegi blog dia. Pegi la tengok Sue kuat bodek aku kat entry baru dia. Haha. Malu aiii :P

Ok lah, nak kuar bilik, nak pegi makan colek kerang. Wuwuwu.. Jom makan jom!

Babai!

14 August 2011

~~aku boring!

Salam Buat Semua.

Boring sangat sangat sangat sangat. Kalau boleh nak taip sangat 150juta kali sebab memang boring wei =.='

Akibat boring yang melampau nie, aku telah menggodek blog-blog yang ada tutorial nak buat doodle. Aku berkenan ngan tutorial dari Cik Mel Amalina.. Kalau nak tengok, klik sini. Tapi aku takde lah tiru bulat-bulat doodle Cik Mel.

Hari tu aku dah try buat doodle. Kalau nak tengok, klik sini.

Hari nie versi lain sikit la. Huhu.

Jom tengok sama-sama jom!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~amacam? cun tak? huhu~

Sekarang, meh, kita warnakan doodle ituuu. Huhu.



Taddddddaaaaaaaaaa!

 ~alololow comelnyaaa. eh terpuji pulak. haha~

Kalau doodle yang dulu aku guna paint, kali nie aku guna pensel, lukis atas kertas pastu ambik gambar guna tepon, edit kat photoshop, tapi boleh jugak nak edit kat paint. Ikut cara masing-masing la. Macam aku, aku lebih suka edit kat photoshop :)


Ok la, terisi jugak masa boring aku kan. Korang apa kata mencuba? Mana tau boleh jadi hobi baru pulak kan. Hihi.

Sambung men-doodle!

ps; Tetiba rasa kagum kat diri sendiri sebab pandai buat doodle. Hihi.
pss; Doodle aku tak smooth lagi.........

Babai!

13 August 2011

~~habislah habislah........... :P

Salam Buat Semua.

Busy woi sekarang nie nak update blog pon rasa cam tak sempat je. Tapi aku pon tak tahu aku busy buat ape =.='

Hahaha!

Tapi petang semalam memang busy giler ah kat dapur sebab sepupu aku suh Mom masak bihun goreng ngan mee goreng sebab sebelah malam ada buat solat hajat kat umah dia. Solat hajat sebab mak dia a.k.a makcik aku nak pegi Mekah hari nie. *ce kira berapa banyak sebab*

Pstt.. Boleh tak suh makcik aku doakan aku cepat dapat jodoh? <--- ok ini tak masuk akal. Nanti nak suh makcik aku doakan aku senang belajar la. Boleh?

Ok sekarang tutup cite pasal makcik aku tu. Sekarang aku nak cite pasal aku sendiri nie. Makin berat la aku rasa aku sekarang. Jeans dah kena beli size lain dah. Haha. Mane la aku tak kembang kan dah duduk umah, makan sedap sentiasa terhidang depan mata. Makan je la kan? Haha. Ce bersyukur sikit Dak Eina oi!

Antara sebab lain ialah...........


Terima kasih la... Terima kasih......

Babai!

12 August 2011

~~nie yang aku marah nie. arghh!

Salam Buat Semua.


Bukan mercun pon sebenarnya tapi lebih kepada bunga api. Alaa tuk budak-budak kecik main. Aku beli tuk Izzat. Anak sedara aku yang sorang nie suka nau main mercun pop pop tu. Pastu ada la beli satu ikat bunga api yang kaler merah putih tu yang main pusing-pusing sambil nyanyi "selamat hari raya hari untuk kita bersuka ria...."

Sedih woi balik umah tak jumpa pulak plastik yang tu. Silap aku jugak sebab tak check betul-betul =.=

Lepas beli bunga api tu aku pegi beli barang kat supermarket pastu tinggal barang kat tempat simpan barang. Habis beli barang kat situ, masuk kete terus. Kalau tercicir dalam kete, mesti ada. Nie takde laaaaaaa.

Free free melayang duit kat situ. Hmm. Kena beli yang lain la nampak gayanya.. Kan? 

~sebab sayang dia, beli awal sebelum dia balik Kota Bharu lagi~

ps; Perasan kedudukan plastik kat tempat simpan barang berubah masa nak ambik.

Babai!

11 August 2011

~~Spontaneous Thursday #8

Salam Buat Semua.


AKU KALAU BOLEH NAK SEMUA BARANG KALER PINK.

KALER PINK COMEL KAN?

Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.


Babai!

09 August 2011

~~selesai satu kerja.

Salam Buat Semua.

Kali nie nak cite pasal satu lagi keje yang harus aku buat. Bukan keje ape pon tapi aku nak bagitau jugak.... Kata blog aku, suka hati aku la kata? *sambil angkat-angkat kening*

Hahaha!

Keje hari nie ialah fotostat segala dokumen yang diperlukan!


Ek eleh itu pon nak kecoh. Hahak.

Tapi ada aku kesahhhhhhhhhhhh?

Korang maybe tak kesah, tapi buat bakal-bakal pelajar yang akan pegi daftar u lepas raya nanti tersangatlah kesah sebabnya nak semua lengkap before 4hb. Nanti dah sampai sana, tak cukup pape, susah la kau! Kannnnn? Sape setuju?

Hari ni fotostat lebih 50helai.. ++ lagi tau @.@ Jenuh orang yang berkenaan (sepupu aku) cop dan sign tuk sahkan dokumen itu semua. Haha. Nasib laaaaa. 

Oh sebelum balik tadi, sempat jugak rembat cupcake dari kedai akak tu. Terliur la wei. Maklum la puasa kan. Nafsu makan memang tinggi. Kalau boleh nak je aku beli jajan, aiskrim, gula-gula tapi nanti akak tu cakap, aku tak puasa pulak. Haha. Aku pon beli la sebijik cupcake. Lepas terawih nanti, boleh la makan. Huhu.

~yang penting, coklat ok!~

Ok la, masuk dapur time! Jumpa lagi. Selamat memasak, berhati-hati di dapur :p dan selamat berbuka puasa ^_^

Babai!

08 August 2011

~~nak letak lagu raya boleh tak? hehe :P

Salam Buat Semua.

Ah lantak. Nak letak jugak.

Hahaha!

~klik kalau nak dengar, malas nak wat autoplay... hee~

Giler comel muka Anuar Zain time kecik-kecik dulu. Huhu. Nie antara lagu feveret aku!

Lagu faveret korang ape? Share share jom! =)

Oh lupa nak bagitahu, tahun nie rasa lain sikit tak macam tahun-tahun yang lepas sebab orang lain shopping raya, tapi aku shopping barang-barang nak pegi u. Hmmm :'(

Tak kesah la, nak raya macam orang lain gak! Raya kedua, ketiga dah kena siap-siap kemas beg dah...

ps; Lagi 26hari duduk umah.... :'(

Babai!

07 August 2011

~~Happy Birthday la.............

Salam Buat Semua.

Mula-mula nak tunjuk gambar dulu.

~aku nak cite pasal si baju putih tu ok, yang belakang aku tak kenal hahaha~

Ehem jangan salah faham, tu bukan boifren aku. Tapi tu abang aku. Abang kandung lagi ok ^_^

Hari nie birthday dia so saje nak wish Happy Birthday  =)

Baik kan aku siap buat entry special untuk dia. Huhu.

Bukan ape, kalau nak tahu, dia lah yang kasi duit raya kat aku tu.

Aku dapat duit raya masa puasa yang ke-3 lagi tau.

Puasa tahun nie belum tentu cukup tapi duit raya dah pasti dapat. Hihi.

Tapi aku hairan, kenapa time aku budak-budak dulu duit raya tak sampai seratus pon tapi makin aku besar, 5,6 kali ganda lagi aku dapat. Haha

Untungkan adik-beradik dah berkerjaya nie, Mom dan Abah aku dah lepas tangan dah bab-bab duit raya nie. Hee.

Ok lah, tak sabar nak raya! Haha.

ps; Tahun nie nak beraya sakan................. (^_^)V
pss; Entry rojak dah nie.. Ahh lantak! :P

Babai!

06 August 2011

~~rupa macaron yang aku buat.

Salam Buat Semua.

Sedih ah bila tak menjadi buat macaron nie. Tapi takpe, nama lagi percubaan, nanti lain kali, cuba buat lagi. Mana tahu, menjadi! Haii dah macam pantun dah. Hehek.

~ini lah macaron ye makcik pakcik~
~macam-macam bentuk ada ok~

~ini yang aku ngap~
~ok la jugak kan? hahaha~

Even tak jadi, rasanya sampai menjilat jari! Huuu :P

Soalan; Raya nie buat macaron lagi tak?
Jawapan; Takkkkkkkkk kot!

ps; Susah ah! Rupa macaron sebenar, klik sini.

Babai!

04 August 2011

~~Spontaneous Thursday #7

Salam Buat Semua.


PAGI TADI TRY BUAT MACARON TAPI TAK JADI. KENAPA EK? SELAMAT DAH DAPAT DUIT RAYA, TAKDE LAH SEDIH SANGAT. 

Muahahaha!


Apa perbezaan antara Wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday? Wordless Wednesday adalah dengan meletakkan satu gambar di dalam entry manakala Spontaneous Thursday adalah satu statement secara spontan.



Babai!

03 August 2011

~~Wordless Wednesday : Menu berbuka puasa hari nie.

Salam Buat Semua.


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)


ps; Hasil google nie, kredit sini.. 
pss; Tak masuk dapur lagi ^-^

Babai!

02 August 2011

~~kisah si kain hitam.

Salam Buat Semua.

Lebih kurang sebulan lagi aku duduk kat umah nie. 3hb 9, insyaAllah akan gerak pegi ke Perlis. Sebab ape? Tengok sini.

Hmm dalam masa seminggu, aku akan mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK). Dalam masa seminggu tu jugak, aku kena pakai baju kurung atau blaus putih berlengan panjang dan kain atau 'skirt' labuh berwarna hitam.

Masa masuk poli dulu, aku pernah dah kena MSK nie dan kena pakai baju batik serta kain labuh berwarna hitam. So aku ada cari balik kain tu. Jumpa!

Bila try pakai, macam biasa ketat. Maklum la gemok kan. Haha. Ye la mana tak ketat, dulu slim. Huhu. Dah 4tahun dah pon kain tu :P

So bila sembang-sembang ngan Mom. Mom cakap, serba salah pulak nak jahit baru. Lagi pulak nak pakai tuk seminggu je. Aku pon tak nak susah-susahkan Mom. Banyak lagi benda nak cari kan. Pastu Mom cakap, "Pakai je la yang nie. Kena diet la. Hahaha".

Tapi puasa nie aku tak rasa aku boleh kurus. Makin gemok ada la.


Mintak-mintak la paha aku mengecil la dalam masa sebulan nie. Biar muat nak sarung kain hitam nie cukup la. Haha (^_^)V

ps; Dulu nak sangat gemok, dah gemok payah nak kurus oi!

Babai!

01 August 2011

~~kakak cakap aku gemok! :'(

Salam Buat Semua.

Buat ape kau nak sedih-sedih Dak Eina? Terima lah hakikat yang kau lagi gemok dari kakak kau yang 10tahun dulu.

Kalau nak kenal kakak aku, tengok sini k!

Uwaaa tak habis-habis kena bahan ngan kakak aku. Kakak aku sebelum kawen berat dia antara 50-52kg je. Aku pulak kemain gemok, berat sampai 56kg kekadang. Itu belum kawen. Dah kawen dan beranak esok, boleh pintas kakak aku balik jadi 80kg ke? @_@

Kakak aku lepas kawen berat 70++kg. Aku? ++ lagi la kot. Adoii lari la laki aku. Haha. Jauh fikiran aku kan. Arghh sudah jangan nak berangan lebih-lebih :P

Actually aku baru dapat satu beg dan satu beg plastik baju kakak aku yang dulu-dulu. Untung jugak kan ada kakak nie. Baju kakak yang dah kecik, semua aku dapat! Jimat di situ, tambah pulak baju aku sekarang semua dah menunjukkan saiz S kat aku. Maklum la aku sekarang dah jadi saiz L.. Hmm sedih lagi :'(

~penuh ngan baju~

Aku pon ape lagi terus check baju apa yang kakak aku kirim. Kirim via abang aku, katanya nak berpuasa di rumah sebab raya nie mungkin tak balik. Keje la katakan (^_^)V

~ambik kau, bersepah bilik aku~

Banyak giler baju dan seluar yang kakak aku kirim. Salah satunya ada skirt, aku try sarung, ketat giler ok! *malas-nak-cakap-ketat-kat-mana-grrrr* Tapi aku pelik, macam baju yang talinya ikat kat leher pon ada. Aku pon apa lagi, sms kakak aku tanya, skirt ke baju nie? Kakak aku cakap skirt, buat pakai kat umah. Aku cakap, ketattttttttttttttt!

Tahu tak kakak aku balas apa? Mesti la tak tahu kan? Haha.

"Kah kah, kiranya saya dulu-dulu slim daripada awak, Kak Ja beli masa g indon lepas 5 bulan kawen"

Grr.. Tak pasal-pasal kena. Nie yang malas tanya nie. Huhu tapi aku berterima kasih la kat kakak aku yang susah payah cari balik baju lama dia. Dia cakap, "Dont worry, kalau ada lagi, saya bagi lagi". Nampak gaya, kalau macam nie, pegi Perlis nanti bonet kete penuh ngan beg aku je.. Haha :')

ps; Aku sejak dulu lagi selalu dapat baju kakak aku. Sangat bertuah ada kakak! Love u kakak!

Babai!

~~selamat berpuasa!

Salam Buat Semua.

Entry sebelum tido. Esok nak bangun sahur. Lepas sahur esok, insyaAllah sambung blogwalking balik. Hihi. Kemain lagi nak blogwalking kan. Hakhak.

Sebelum tido nie, Eina nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga penghayatan Ramadan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Meh nak pantun sikit meh...

"Sujud dahi mencecah bumi,
Tanda syukur kebesaran Ilahi,
Ramadan Al Mubarak datang lagi,
Bersamalah kita menambahkan iman dihati."

"Indahnya alam dengan rerama,
Cantiknya rerama menambat si hawa,
Bulan Ramadan kini menjelma,
Sambutlah ia dengan penuh taqwa"

Copy dari sms yang dihantar oleh kengkawan. Habis kredit duk membalas. Sampai kena buat credit advance. Haha. Tapi takpe, demi kawan-kawan tercinta :P

Ok la offline dulu. Jangan lupa bangun sahur esok tau! ^_^

ps; Jangan lupa niat puasa tau...

Babai!

design with love by Dak Eina