kite kawan

16 December 2010

~~rasa nak tukar nombor tepon je!

Salam Buat Semua.

"Titt..."

Tetibe bunyi sms masuk. Ok, tu tandanya saya dah puas tido sebab saya boleh dengar bunyi sms masuk. Kalau tak, sorry la 5 keping sms masuk pon takkan dengar punya. Ye la mana nak dengar sebab message tone saya bunyi "titt..." je. Tak suka la bunyi lagu. Serabut! Hee~

Ambik tepon pastu bukak sms tuh. Dah nampak dah no-ex-boifren. Sms yang dihantar "Salam".

Malas lah nak layan sms dia. Bukan takde kredit tapi malas nak layan sms dia. Macam tak wajib je reply sms dia. Buang masa la senang cite layan dia.


Selepas sms pertama tak diendahkan. Sms kedua pulak masuk beberapa minit kemudian. Ye no yang sama yang menghantarnya. No-ex-boifren. Kali nie sms berbunyi "Kenapa Na tak balas mesej orang?".

Sms tuh pun saya tak reply. Kang kalau reply. Makin panjang dan banyak pulak sms yang akan dibalas. Ok, meh saya jelaskan kat sini beberapa sebab kenapa saya tak balas sms dia.

1. Suka hati aku lah wei. Tak semestinya aku perlu dan wajib balas sms kau.

2. Aku tak rasa aku boleh terima kau balik walaupon sebagai kawan.

3. Aku memang tak boleh nak bagi kau peluang sebabnya dulu aku pernah bagi kau peluang tapi kau sia-siakan jugak.

4. Last nie aku nak tanya kau... "Kau pernah ludah, sanggup kau jilat balik?"

5. Nanti aku fikir sebab lain lagi.... Hahahaha!

Grrr! Rasa nak tukar nombor tepon je. Tapi bila fikir-fikir balik, buat apa nak lari dari dia. Biarkan dia sms, call, boleh delete kan sms tuh? Nanti bila dia dah bosan mesti dia akan diam jugak akhirnya kan? Tak gitu?

ps; Kalau tukar nombor, nak pakai Digi la. Bagus tak Digi?

6 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina