kite kawan

28 December 2010

~~saya sudah kembali :))

Salam Buat Semua.

Sapu-sapu keypad laptop nie. Berhabuk dah tinggal 4hari. Dah la lupa nak lipat tutup laptop sebelum tinggal hari tu. Huhu. Haih macam mana nak start nie. Lame ke sekejap eh 4hari? Saya rasa macam seminggu je kat sana.. Dalam masa tuh jugak saya tak online. Dah macam duduk kat tempat jin bertendang. Hahaha actually ada je internet tapi tak berapa suka guna orang lain punya. Huhu.

Che Mat Hoi Hoi Hoi~ Dah macam Shahir AF dah saya nie hilang lama pastu muncul tetiba. Haha bukan menghilang la. Tapi pegi berjalan umah akak kat KL. Alahai penat betul tahu tak? Semalam seharian kitorang pusing-pusing start pagi sampai Maghrib baru sampai umah. Dah balik tuh terus kemas-kemas beg sebab bus bertolak balik Kelantan pukul 9.30 malam. Aduhai korang pon boleh bayangkan betapa penatnya orang tua nie :P

Penat pon takpe. Berbaloi kot. Ye la bukannya pusing saje-saje. Dapat jugak seketul dua tuk dibawa balik. Huhu. Terima kasih kepada penaja. Best jugak menganggur nie. Mamp*s aku kalau adik-beradik aku baca. Mau tak kena hentam hidup-hidup pasni. Hahaha.

Lagi 2,3hari nak masuk tahun 2011 kan? Hmm saya masih tak keje. Nak sambung belajar pon takde rezeki lagi. Kawan-kawan budak kelas masa diploma dulu ramai yang akan daftar masuk UTHM 30hb nie. Tahniah korang. If aku dapat, aku akan menyusul kemudian. Kalau tak dapat, takpe, aku cuba lagi... Aku keje dulu pastu kawen dulu ke. Erkk kawen? Hmm~~~~

2011 nie jugak, blog nie akan berubah. Takde lah berubah banyak sangat. Eh dah terbagitahu nie tak suprise lah nanti. Hihi. Bunyi macam gempak je kan perubahan blog nie. Huhu ala saya buat ringkas-padat-sukahatiakulahnakbuatmacammanepon. Dah la buat. Tapi tunggu tahun baru lah. Cantik sikit start 1 Januari 2011. Kan kan?

Oh lupa pulak nak bagitahu, kesihatan saya masih sama. Masih tak sihat. Sekarang, batuk la..... Macam batuk kering gitu :( Macam mana nak sihat, ubat tak makan =.=

Ok lah dulu entry nie. Nak mengarut lebih-lebih tak reti pulak. Padehal aku tengok dah 5-6 perenggan dah nie. Hihi.

ps; Entry bercampur dah aku, saya.. Sorry! :))

3 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina