kite kawan

01 November 2010

~~25 rahsia diri Dak Eina ♥

Salam Buat Semua.

Actually entry nie saya nak selesaikan tag saya. Banyak tag terbengkalai. Kali nie je saya sempat buat. Haha boleh jangan bagi alasan tak Dak Eina? Hee~

Saya telah di tag oleh awek ini ;) Terima kasih sebab tag saya. Saya nak jawab lah nie. Huhu.

Ok start...

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged.

1. Seorang anak perempuan bongsu, seorang adik, seorang Mak Uda, seorang artis. Hahaha artis lah kalau dah tetiap hari menyanyi sorang-sorang dalam bilik nie hah! Hahaha! Erkk artis? Perasan! ;P

2. Suka sangat sebut nama sendiri. Contoh; "Malina Puzizer ape kau buat nie" "Malina nie senget kot" "Ish ish Malina Malina". Sebab nama Malina tuh best lah! Terima kasih Abah ngan Mom. Nama saya indah je kan? Hihi. Suka jugak bercakap sorang-sorang. Jangan cakap saya gila pulak. Huhu.

3. Seorang yang ceria, suka ketawa kuat, slow-slow tak main ah. Suara pon kuat. Tak suka cakap slow-slow, kalau keluar ngan kawan, kekadang dia akan cakap "Na, slowkan sikit suara kau". Makin kena tegur, makin kuat volume saya nie hah. Haih ada saya kesah? Hahaha! 

4. Hantu coklat. Tapi kalau eskrem, saya lebih suka vanilla ;)

5. Kawan saya cakap saya lawak. Betul ke? Nanti saya try pegi audition Raja Lawak musim nie k! Hahaha.

6. Tabiat buruk saya nie. Syhh!! Jangan cite kat orang lain tau. Saya nie tak suka mandi... Tapi kalau saya mandi, saya akan mengambil masa yang lama. Hahahaha! Tapi takde lah lama sangat ;P

7 7 7 7 7 7 7 
7. 7 atau Julai, itu feveret saya. Yes! Saya suka nombor 7. 

8. Hobi paling melampau saya, saya addict ngan tenet. Tak makan pon takpe. Bila surfing, online je perut tetibe jadi kenyang. Senget kan saya nie.

9. Kalau pegi Mc D tak sah kalau tak order double cheese burger. Kekadang je sewel nak try menu lain. Last last akan menyesal sebab tak best ;P Double Cheese jugak yang terbaikkkkkkkk!

10. Katil penuh ngan bear. Perangai macam budak-budak. Anak saudara suka main teddy bears saya. Pastu bukan pandai simpan balik. Tiap kali nak tido mesti cari. Tak boleh tido kalau takde bear. Macam suami takleh tido takde isteri. Wakakakaka!

11. Suka kaler pink + oren. Pink yang utama la. Takde pink, baru pilih oren. Ok dapat semua?

12. Suka sangat ngan budak-budak. Tapi budak-budak yang 6tahun ke bawah arr. Yang baby baby lagi suka. Baby kan comel! I likkkkkee~

13. Pantang jumpa cermin. Nak jek ambik gambar sendiri. Ye lah bajet cun kan. Hahaha.

14. Peminat Zahid AF. Start dari dia dalam AF lagi sampai sekarang. Peminat no1 nie.... Hehe. Nak tahu saya minat dia sebab apa tak? Hahaha rahsia! Takde nak rahsianya, dia bukan suami saya. Kan? Saya minat dia sebab suara dia sedap, bukan je suara sedap, tubuh badan dia pon sedap tengok. Kahkahkah!

15. Hah, yang nie best, saya seorang pompuan yang suka lelaki gemok. Saya tak tahu kenapa ;P

16. Dulu masa kecik-kecik teringin nak jadi doktor tapi... akhirnya masuk sekolah teknik. Sejak sekolah teknik, saya bercita-cita nak jadi seorang jurutera. Jurutera elektronik komunikasi. Biar abang dan adik je lah jadi doktor. Aci? ;)

17. Tarikh lahir saya 17 Julai. Sila ingat, jangan lupa tau.

18. Kenangan paling pahit dalam hidup, last day praktikal kat hospital, saya hilang kad bank. Duit ada RM800++ dalam tuh. Bila buat kad baru, duit dalam tuh lesap tinggal RM5 kot. Sedih... Buat report polis, sampai sekarang diam. Mustahil dapat balik duit RM800 tuh. Susah kalau percaya kawan 100%. Sekarang, menyesal pon tak guna :'(

19. Suka aktiviti lasak sejak join berkayak kat Sungai Nenggiri sejauh 72km tahun lepas. Satu pengalaman yang saya takkan lupakan. Tahun nie pon ada, tapi Mom tak bagi join. Sedih :( 

20. Suka pada kelajuan. Kalau drive mesti kena marah punya ngan Abah. Hihi. 

21. Susah nak bangun pagi. Nak tahu cerita tak? Dulu masa duduk hostel ngan umah sewa kan... Pagi-pagi mesti saya lah yang bangun lewat. Tapi walaupon saya mandi agak lewat, saya lah paling cepat bersiap. So, memang takde masalah la tetiap pagi sebab mesti sama siap ah ngan kawan. Tak pernah kena tinggal oleh kawan lah! Huhu ;)

22. Impian saya nak dapat segulung ijazah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). InsyaAllah.

23. Seorang yang suka kumpul beg, baju, kasut dan minyak wangi ;)

24. Dak Eina seorang yang manja, gedik ngan orang yang dia sayang sahaja!

25. Hati ini sudah dimiliki. Sekian terima kasih.... 

Hoh ade lagi ke? Penat fikir tentang diri sendiri nie. Cukup-cukup lah tuh. Rahsiaku Kini Milikmu. Eh macam promote produk Simply Siti pulak. Hihi. Sape nak buat, buat lah. Saya kena tag 25orang balik sebenarnya. Tapi tak tahu nak tag sape lagi. Yang nie je mangsa saya. Buat ok?


Yang lain nak buat, silakan. Dah dah penat buat entry nie tahu. Hahahaha!

14 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

intanurulfateha said...

lelaki gemuk? ;p

dak eina said...

@intanurulfateha

yup...y??

Fyka said...

halamak..
25??
ngah karang jap..

dak eina said...

@Fyka

ye fyka...25..huhu ok ;)

Unknown said...

ha?hilang 800 gn gtu je?mst org dekat ni tau paswrd..ye dak?

dak eina said...

@echah mashuri

yup...saspek utama kwn sendiri...:'(

Nur Suaidah Bachok said...

wahhh! zahid zahid :D

dak eina said...

@molmolla

huhu mnat zahid jugak ke... ;)

THE GREEN said...

salam...

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

saya pun sbnrnya baru jugak kene tagged siang tadi, nnt akan post kat blog artikel tu..byk tu, 25 bende nk kene citer ni..tgh pikir lg ni, sbb xcukup....hehehehe

anyway, kalo ada masa silalah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

dak eina said...

@BLADE EDGE

huhu 25 byk tuu bukan sket...dh lme kne tag...bru buat je..hihi...orite ;)

Ct Arina said...

kite pn suke no.7!
tp DOB bulan 11.
eheh^^

Nurulchumel said...

hye syg! nanti i buat ye!
mcm menarik!

dak eina said...

@Ct Arina

huhu mcm tuh pulak...

dak eina said...

@Nurul chumel

ok!! buat taw!! :)


design with love by Dak Eina