kite kawan

15 November 2010

~~Izzat dan blog terbang tinggi tinggi.

Salam Buat Semua.

Hahaha tajuk saje je kan nak bagi Hamzah bukak mata luas-luas baca entry nie. Alkisahnya, tengah syok blogwalking tadi. Izzat masuk bilik saya. Ngah blogwalking, sekali terklik pulak kat blog terbang tinggi tinggi si Hamzah nie. Memang antara blog yang saya akan singgah bila online. Pastu Izzat pon ternampak ultraman... Kat header blog terbang tinggi-tinggi kan ada ultraman yang kartun tuh. "Eh Mak Uda!! Ade Ultraman la". Haa nie yang saya malas nak layan nie. Mula lah nak tengok ultraman tuh. Nak scroll bawah nak baca entry pon tak boleh :(

Nie buktinya....

 
*Izzat sengih bila tengok ada ultraman*

Kalau nak tahu.. Izzat nie pencinta wanita pencinta ultraman. Tetiap hari tengok ultraman kat channel Ceria. Tetiap hari saya makan hati sebab takleh tengok tv. Tetiap hari saya akan menjerit-jerit suh dia turun dari tempat tinggi sebab bila cite ultraman nak start ataupon nak habis, Izzat mesti panjat kerusi mengurut tuk 'buat konsert'. Dia boleh ingat lagu ultraman tuh. Ish kalau best takpe lah jugak. Bising tahu tak? Kalau saya tengok dia nyanyi mesti dia akan cakap "Mak Uda! Janganlah tengok Izzat nyanyi!" Eh eh budak nie. Kalau tak nak orang tengok! Tak payah lah buat konsert =.=" Perasan ;P

Dia tengok tv takpe lagi. Dulu tetiap hari layan Youtube. Tengok ultraman. Kalau jalan-jalan kat mall ke hape ke, jangan pegi kedai cd. Konfem cari cd ultraman. Entah macam mana dia boleh minat ultraman. Ok gak kan minat ultraman, jangan minat barbie sudah! Hahaha!

*Antara koleksi ultraman Izzat*

Tengoklah bila anak sorang kan. Apa yang dia nak, semua dia dapat. Besar kecik semua ada. Hari tu ada kuar jalan-jalan pastu ternampak ultraman sebesar manusia. Patung tuh hiasan kedai je pon. Dia nak. Hah macam mana tuu? Macam-macam alasan kitorang bagi. Cakap tak jual la. Berat lah. Haih Izzat Izzat. Kalau beli pon nak main macam mana? Patung tuh 10 kali ganda dari badan dia. Huhu.

*Hai semua. Ultraman Izzat pakai pampers. Dia nak kencing........ Hahaha*

*Izzat, peminat dan pencinta ultraman*

ps; Nak keje pastu belikan Izzat ultraman banyak-banyak. Janji!

design with love by Dak Eina