Salam Buat Semua.
Wah tetibe je saya rasa nak share perkara-perkara yang tak patut kita lakukan semasa tidur. Sementara masih belum tido nie hah, baik saya post pasal nie. Huhu.
Terjahhhh~
1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda. Ok, jom tanggalkan baju jam tangan tuh.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan. Sekarang ambik telefon korang, tak kira lah model ape pon, letak bawah katil... Tak pon meja sebelah katil. Ok?
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena. Hah perempuan! Apsal malas sangat nie?? Pegi cuci mekap cepat! Pastu baru boleh tido lena sikit. Hihi.
4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko. Hoho paham semua? Perempuan.... Sila bukak bra anda sekarang! Hahaha!
5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa. Sayangilah ehem ehem anda. Si lelaki pulak... Mesti sayangkan ehem ehem anda kan? Jangan tido pakai seluar dalam ok. Dia pon mesti lemas. Hahaha! Melucah pulak saya nie ;P
6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda? Hoi!! Sejuk nie woi! Kenapa mesti tido bogel? Haih tak malu punya orang!
Hah! Dah buat semua tuh? Boleh le pegi beradu sekarang. Saya pon dah mengantuk nie. Nak tido dulu. Selamat malam semua!
Kredit; sini
7 orang mendoakan Dak Eina kurus =):
gua lame dah tak tido puas2.. btw apa kata lu buang lagu ni.. hahaha
tak best
gua lame dah tak tido puas2.. btw apa kata lu buang lagu ni.. hahaha
tak best
telefon tu susah ckit nak campak at laen.. huhu... coz wat alarm
@hamzah ian
lagu smlm gua dah buang dh...arini lagu len dh hemoh2...hahaha
@fathiah
hoho sme lah kte...tp kkdg kte letak bwh katil xpon meja sblh nie...lg slmt ^^
hoho..ada buat x semua tu mlm td?
best lagu ni.. ;D
ZzzZz
@improveslife
ade2...hahahahaha
Post a Comment