kite kawan

13 November 2010

~~myfriend2u.com... korang dah join?

Salam Buat Semua.


Pernah dengar tak myfriends2u.com? Saya nie baru je tahu kewujudan laman sosial nie semalam. Semalam masa keluar ngan family pegi shopping, kitorang ada dengar radio Suria FM. Oh sebab selalu sangat dengar Suria FM bila naik kete abang sampai saya sekarang pon dah terjatuh cinta kat Suria FM. Sebelum-sebelum nie dengar Hot FM. Huhu. Haipp saya bukan nak cite saya minat radio mana laaaaaa.

Actually semalam DJ Suria FM, Tuah ada borak-borak ngan jemputan dia. Semalam ada Kak Erma Fatima , diorang borak pasal teater Natrah. Pastu Tuah ada mintak tiket free kat Kak Erma Fatima. So Kak Erma ada suh Tuah pegi login kat myfriends2u.com pastu jadi Fan Filem Natrah kat situ. Jawab soalan yang dikemukan pastu boleh la tiket free kalau jawapan tu betul. 

Balik je dari shopping tuh, terus sign up myfriends2u.com nie. Tergerak hati nie nak join myfriends2u.com nie. Hoho baru saya tahu, myfriends2u.com nie fesbuk Malaysia. Same lah macam fesbuk. Boleh like status orang lain, post photo, video, link. Ala macam fesbuk lah senang cite. Best jugaklah bila join nie. Tapi saya belum explore sepenuhnya lagi.

 *Saya dah register dah kat myfriends2u.com nie*

 *Hahaha lucu pulak sebab profile saya same ngan layout blog*

*Ketua Pegawai Eksekutif Netxpert Sdn. Bhd., Che Onn Ismai*

Kalau nak tahu, portal laman sosial ini dibangunkan oleh syarikat tempatan Netxpert Sdn. Bhd. Nie ada saya selit sikit tujuan myfriends2u.com ditubuhkan. Saya copy dari blog Che Onn Ismail ;)

Myfriends2u adalah satu portal komuniti bagi semua orang tidak kira dan siapa mereka. Aku amat alu-alukan sesiapa saja didunia ini untuk menjadi member dan menggunakan MF2U ni untuk bekenalan dan berkongsi pandangan dan pendapat.
 
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa myfriends2u (MF2U)  ni ditubuhkan sedangkan ada banyak lagi portal-portal komuniti yang hebat-hebat di dunia ni.
Dan mungkin ramai juga yang beranggapan yang MF2U ini hanya hangat-hangat tahi ayam dan tidak akan bertahan lama. Biarlah apa yang orang nak kata. Tapi bagi aku, aku akan teruskan MF2U ni sehingga berjaya.
 
Sebab kenapa aku tubuhkan MF2U nih????
 
1). Aku sebagai seorang islam rasa macam tercabar bila ramai yang merungut tentang sesebuah portal yang tidak menghormati akan agama Islam dan Rasulullah SAW. Bagi aku ini adalah satu jihad. Bagi aku jihad bukan semestinya dengan berperang pertumpahan darah. Banyak jihad yang boleh kita lakukan.
Sekurang-kurang nya aku buat sesuatu daripada ada yang hanya merungut tapi masih berpeluk tubuh. Biarlah lah apa dorang nak kata dan nak buat, aku tak peduli pasal yang penting aku dah dapat lihat betapa baiknya respon dan sokongan yang diberikan oleh member-member MF2U selama ia dilancarkan.
 
2). Sebagai seorang rakyat Malaysia, aku juga cuba untuk menaikan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. selama ni pon dunia dah tahu yang rakyat Malaysia ni memang berkebolehan. Macam-macam dah kita buat dan aku cubalah juga nak buat satu lagi perkara yang boleh menaikan nama Malaysia.
Andai kata aku berjaya dengan portal aku ni keperingkat antarabangsa, Aku amat bersyukur pada ALLAH SWT kerana memberikan aku kekuatan dan peluang untuk berbakti kepada negara aku yang aku cintai ni. dan jika tidak, aku tak menyesal pasal sekurang-kurangnya aku dah cuba.
 
3). Dengan MF2U ni aku dapat mengumpulkan kawan-kawan serata dunia untuk berkongsi pengalaman dan ilmu, baik dari sudut apa pon yang penting tidak melanggar hak dan menghina apa-apa ugama dan bangsa tanpa mengkompromi kan budaya ketimuran kita.
 
4). Banyak juga peluang perniagaan yang ada disini dan boleh lah membuka minda kita bersama akan alam perniagaan masa kini. Kita kini boleh berniaga tanpa membuka kedai tetapi dengan membuka virtual shop kita boleh menjual apa saja dan ini ada didalam MF2U ni.
 
5). Salah satu yang ingin aku buat disin ialah aku ingin membuktikan bahawa kita ni rakyat Malaysia boleh bersatu walau pon kita berbilang bangsa, agama dan adat resam. Kita banggan akan negara kita dan yang penting MF2U ni tiada agenda politik pon. MF2U bebas politik akan tetapi aku tidak akan menghadkan member-member daripada berbincang tentang hal dan pandangan politik mereka disini asalkan tiada unsur hasutan dan fitnah.
 
6). Dan yang ini semua orang tahu, aku nak cari rezeki bagi menampung keluarga dan ini mungkin akan menjadi satu sumber pendapatan kelak walau pon kini tiada apa-apa pendapatan yang dapat dijana oleh MF2U.
 
Kalau nak ditulis, banyak lagi sebab-sebabnya tai cukuplah sekadar 6 perkara asas ni.
 
Aku juga tidak lupa nak ucap jutaan terima kasih aku pada team MF2U, Rakan belia dan semua member-member MF2U yang tak jemu-jemu tolong mempromosi dan memperkenalkan pada rakan-raan sedunia.
 
Memang banyak jasa kalian terhadap MF2U ni dan Insyallah agar hanya ALLAH SWT je yang dapat membalas jasa kalian semua.
 
marilah kita bersama berjuang menaikan nama MF2U ni bersama dan kami team MF2U ni akan sentiasa berkerja keras untuk menjayakannya.
Sekali lagi jutaan terima kasih aku kepada kalian semua dan aku doakan agar kalian semua akan berjaya didalam apa saja yan kalian buat kelak.
 
Wasslam.....
Hah! Menarik kan? Tak nak join ke? Yang nie produk Malaysia. Saya menyokong produk Malaysia! Hihi. Kalau dah join tuh, add lah saya k! Taip je "Malina Puzizer". Konfem jumpa. Huhu.

0 orang mendoakan Dak Eina kurus =):


design with love by Dak Eina