kite kawan

31 December 2010

~~tahun baru rumah baru. sayang punya pasal. hehehe :P

Salam Buat Semua.

 Umah menteri ape entah hari tuh pegi Mines pusing tasik jumpa umah nie. Cantik giler kan? Besar pulak tuh.

Wah tajuk tak nak kalah. Macam mak bapak Datuk Datin je main tukar-tukar umah time nak tahun baru, raya... Hahaha. Ohoi~~ Actually umah tuk hamster kesayangan saya lar :P

Hari tu masa pegi KL ada lah beli-beli sikit untuk hamster tuh. Jauh kau aku beli kat Key Ell tau barang-barang kau! Hahaha sayang punya pasal kan. Pastu mula lah kena perli macam lah kat Kelantan takde. Argghh abaikan suara-suara kecil tuh.. Saya beli pakai duit saya sendiri bukan mintak duit sape-sape. Kalau shopping tuk diri sendiri, saya dah ada penaja. Hee terima kasih ye Mom :-*

Ok dah jauh dah melencong, meh nak tunjuk umah kecil tuk hamster.









Erkk umah ke tuh? Tak kan? Tuh bilik mandi sebenarnya. Kat kotak dia tulis Hamster's Bathroom. Tapi ada aku kesah bilik mandi ke bilik mayat hape? Saya buat tempat letak makanan. Hamster saya nie betina tapi bukan main lasak. Yang jantan hari tuh dah mati mesti betina nie buat. Hahaha..

Sekarang hari-hari kena cuci bekas nie. Banyak kot hamster nie berak. Bagi mengelakkan bau busuk ngan air kencing dia lagi walaupon hanya setitik tetap busuk woo. Huhu. Haritu 3minggu tak tukar habuk dalam bekas dia tuh. Bila bukak je bau macam ish-aku-tak-nak-bukak-dah-pasni. Hahaha.


Wishlist tahun 2011, saya nak beli cage macam Sis Intan punye! Hee. Cage hamster sis sangat menarik ok. Kalerful gitu~ Tapi kalau saya ada peluang nak beli, saya nak cari yang kaler pink je. Hihi aritu usha kat kedai ada kaler purple. Kalau takde pink.. Kaler purple pon saya ambik lah!!! Huhu tak sabar tak sabar :P

Selamat tahun baru 2011 semua.

ps; Bila aku nak berani pegang hamster nie eh? :"(

~~meh tengok budak macho nangis meh :P

Salam Buat Semua.


Kali nie saya nak cite pasal anak sedara yang duduk sekali serumah sebilik ngan saya nie. Sape lagi kalau bukan Izzat Ultraman. Hihi.

Semalam (Rabu) abang saya on call. Biasa dia ok je kalau Daddy dia on call. Tapi semalam lain pulak perangai dia. Kejap-kejap tanya "Lambatnya Daddy balik Mak Uda.." Sampaikan dia berak semalam pon time nak cuci pon dia sempat lagi cakap "Mak Uda.. Cepat lah basuh. Nanti Daddy balik, Daddy cari Izzat" Pelik ok. Saya tak tahu pon abang saya on call semalam. Izzat jugak yang bagitau saya. Bagus kan Izzat? Ye lah bapak dia. Mana saya tahu :P

Tapi masalahnya kenapa lah pegi nangis tengah-tengah malam cari Daddy dia. Sebelum-sebelum nie ok je kalau kena tinggal. Ishh.. Kali kedua dia berak, Tok Bah yang cuci. Izzat biasa lah. Nasib lah kitorang kalau dia suh cuci berak dia. Sekarang bagi alasan kuku tajam dah tak layan dah.. "Alaa. Kuku Mak Uda tajam sikit je kan?" Ishh macam mana saya tak sayang lebih kat dia nie.

Ok masa dia berak kali kedua dan dicuci oleh Tok Bah, saya pulak pegi layan tenet, fesbuk. Pastu kak ipar saya , Kak Sarina a.k.a Mummy Izzat tegur saya kat chat. Tanya Izzat dah tido belum. Bila dah cakap belum, akak pon terus call. Katanya rindu. Ye lah jauh ngan anak mesti rindu kan? Oh ye.. Kak ipar saya sekarang berada kat Ipoh ada kursus selama 6bulan sebab tuh lah Izzat duduk sini sekali ngan Daddy dia.

Sambung cite balik.. Bila dah cakap-cakap-cakap ngan Mummy dia, dah nangis-nangis dah sebab tanya kenapa Daddy dia tak balik lagi. Padehal dia dah tahu dah kalau Daddy dia on call maknanya balik esok hari lah. Tapi semalam nangis-nangis. Lepas cakap ngan Mummy dia dah habis muuuahh muaahhh abang saya pulak call.. Lagi kuat dia nangis. Cakap rindu bagai. Pandainye Izzat! Terharu saya~ Sampai saya nak nangis sama. Eh takde lah sampai camtu sekali. Hihi tapi sebak tuh ada lah. Kita yang dewasa nie kalau rindu mak ayah kita pon, kita nangis jugak kan? Orang takde perasaan je tak nangis kan? :P

So, saya sebagai Mak Uda yang penyayang lagi penyabar-melayan-perangai-Izzat-yang-makin-nakal lagi baik hati-kekadang-je lagi cun-sentiasa telah mengambil beberapa keping gambar dan record beberapa buah video. Haha. Ayat macam orang gila lak aku nie =.='


Sangat tidak macho sebab sekarang kalau dia nangis, mesti jari masuk mulut. Bila tarik.. Dia masuk balik. Dulu tak macam nie. Konon cute la tuh eh? :P


Jangan kacau kalau dia nangis. Kang dah makin teruk. Susah nak kawal dah nie :P

Kali nie saya letak video pulak. Ada 3 semuanya. Maaflah tak berapa clear maklum lah record pakai tepon murah je :P

 Tak paham sepatah haram dia cakap apa. Kuat sangat nangis. Hahaha :P

Tang ultraman je saya dengar. Kalau nak ultraman jangan nangis.. Gitu lah kot apa yang abang saya cakap. Huhu. Arghh ade suara saya :P

"Dio kecek nga Daddy dio.."

Video nie paling lucu.. Dah macam kena tinggal girlfren je. Lawak lawak :P

Lepas cakap-cakap tuhh, Abah ajak dia tido. Dah lewat lah jugak dalam pukul 12 lebih. Izzat nie macam orang dewasa dah walaupon baru nak masuk 4tahun 20hb satu nie. Pukul 12 malam ke atas baru tido. Ishh budak budak.... Hmm bila buat entry nie sedih la pulak. Pertengahan bulan Januari nanti Izzat akan pindah duduk kat Kuantan balik. Duduk Kelantan sementara je. Mesti sunyi umah nie nanti. Takde dah pagi-pagi kena kejut oleh dia. Takde dah berebut nak tengok tv ngan dia. Takde dah nak buatkan susu tanya nak botol mana. Takde nak kena cuci berak dia. Hah yang saya suka.... Hahaha ok tak lucu! Tapi yang paling dirindui, takde orang nak kiss pipi saya tetiap hari! 


Sangat rakus dia cium pipi saya... Alahai~

ps; Saya suka tengok mata Izzat!

30 December 2010

~~Khairul Fahmi dah ade awek.. jangan berangan semua ye :P

Salam Buat Semua.

Ingat tak entry semalam yang saya cakap saya minat tengok Khairul Fahmi tuh? Huhu dia dah ada awek ok! Sila jangan berangan semua :P Actually, pesanan tuk diri sendiri jugak nie. Haha. Jom usha blog awek dia.

Klik gambar atas kalau nak g blog dia :)

ps; Suka main-main je pon macam suka Zahid :P

29 December 2010

~~tengok bola.. tengok dia.. alahai nie yang nak cari boyfriend pemain bola sepak nih! :P

Salam Buat Semua.


Kejap lagi bola kan? Malaysia lawan Indonesia kan? Pukul berapa eh? Pukul 8 malam kan? Kejap nak tengok guide. Oh betul la start pukul 8 malam. Boleh tengok TV1 tak pon channel 813 Astro Star Sports.

Saya sebenarnya tak tengok sangat bola. Hihi.


Saya tengok penjaga gol negara kita, Khairul Fahmi Che Mat. Auww ensem kan dia? Hari tu yang masa Malaysia lawan Indonesia kat Bukit Jalil tuh, saya ngan akak saya gelak-gelak tengok dia. Comel.. Pastu masa dia bagi arahan kat team Malaysia, siap joget-joget. Lucu. Akak saya cakap, dia pemalu orangnya. Betul ke? Sape kawan Khairul Fahmi kat sini? Boleh bagi komen tak? Ngee :P

Ok lah.. Nak pegi ke Stadium Astro. Hihi. Nak pegi tengok bola. Janganlah ada yang main-main laser hijau lagik malam nie. Kang tak pasal-pasal si Markus buat hal pulak... Memberontak... Huh. 

Pape pon semoga skuad Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki tuh.. Caiyok caiyok! 

ps; Jersi Malaysia takde.. Pakai baju Cuti-cuti Malaysia saje :P

28 December 2010

~~saya sudah kembali :))

Salam Buat Semua.

Sapu-sapu keypad laptop nie. Berhabuk dah tinggal 4hari. Dah la lupa nak lipat tutup laptop sebelum tinggal hari tu. Huhu. Haih macam mana nak start nie. Lame ke sekejap eh 4hari? Saya rasa macam seminggu je kat sana.. Dalam masa tuh jugak saya tak online. Dah macam duduk kat tempat jin bertendang. Hahaha actually ada je internet tapi tak berapa suka guna orang lain punya. Huhu.

Che Mat Hoi Hoi Hoi~ Dah macam Shahir AF dah saya nie hilang lama pastu muncul tetiba. Haha bukan menghilang la. Tapi pegi berjalan umah akak kat KL. Alahai penat betul tahu tak? Semalam seharian kitorang pusing-pusing start pagi sampai Maghrib baru sampai umah. Dah balik tuh terus kemas-kemas beg sebab bus bertolak balik Kelantan pukul 9.30 malam. Aduhai korang pon boleh bayangkan betapa penatnya orang tua nie :P

Penat pon takpe. Berbaloi kot. Ye la bukannya pusing saje-saje. Dapat jugak seketul dua tuk dibawa balik. Huhu. Terima kasih kepada penaja. Best jugak menganggur nie. Mamp*s aku kalau adik-beradik aku baca. Mau tak kena hentam hidup-hidup pasni. Hahaha.

Lagi 2,3hari nak masuk tahun 2011 kan? Hmm saya masih tak keje. Nak sambung belajar pon takde rezeki lagi. Kawan-kawan budak kelas masa diploma dulu ramai yang akan daftar masuk UTHM 30hb nie. Tahniah korang. If aku dapat, aku akan menyusul kemudian. Kalau tak dapat, takpe, aku cuba lagi... Aku keje dulu pastu kawen dulu ke. Erkk kawen? Hmm~~~~

2011 nie jugak, blog nie akan berubah. Takde lah berubah banyak sangat. Eh dah terbagitahu nie tak suprise lah nanti. Hihi. Bunyi macam gempak je kan perubahan blog nie. Huhu ala saya buat ringkas-padat-sukahatiakulahnakbuatmacammanepon. Dah la buat. Tapi tunggu tahun baru lah. Cantik sikit start 1 Januari 2011. Kan kan?

Oh lupa pulak nak bagitahu, kesihatan saya masih sama. Masih tak sihat. Sekarang, batuk la..... Macam batuk kering gitu :( Macam mana nak sihat, ubat tak makan =.=

Ok lah dulu entry nie. Nak mengarut lebih-lebih tak reti pulak. Padehal aku tengok dah 5-6 perenggan dah nie. Hihi.

ps; Entry bercampur dah aku, saya.. Sorry! :))

24 December 2010

~~bawak bertenang semua.

Salam Buat Semua.

*Scheduled Post*

Terima kasih yang menawarkan diri nak jaga hamster saya kat entry sebelum nie. Tapi kan semua duduk jauh. Cam ne tuh? Hmm.. Takpe la. Biarlah saya jaga sendiri. Huhu. Takkan saya bawak hamster tuh pegi sekali? Hah!!


Tak...... tak...... tak mungkin saya angkut bawak hamster pegi sama. Kalau pegi ngan kete sendiri lain la kan. Hahaha. Kalau nak bawak naik bas sekali, err tak mungkin sampai bila-bila la kan?

Huhu. So nak suh sape jaga? Hmm~

Berterus-terang saje lah Dak Eina..... :P

Ok, saya suruh Abah saya je jaga. Hihi. Abah saya tak pegi sama kali nie. Abah kena tinggal sorang-sorang. Tolong jaga umah. Hihi. Lagipon Abah ada keje kat sini. Keje kat kebun pastu keje jadi pak supir cucu sedara dia. Lagi keje Abah..... Jaga hamster nie satu ye Abah. Hihi.

ps; Janganlah Abah mintak upah~

23 December 2010

~~demam pastu kena jalan jauh :"(

Salam Buat Semua.

Sedih.. Bangun pagi tadi selsema teruk. Pastu batuk-batuk-batuk. Batuk kuat sampai sakit kepala. Batuk je kepala kena sakit sekali. Tadi terfikir kena barah otak ke aku nie? Sedih.. :"(

Malam nie nak gerak pegi KL. Kitorang pegi ngan bas. Dah la sekarang hujan. Sejuk. Dalam bas giler sejuk. Mesti makin teruk. Arghh tak tahu nak hadapi macam mana nanti.

Ok la, nak kemas mana yang tak settle lagi. Banyak giler barang tuk orang di sana.


Doakan keselamatan perjalanan pegi dan balik kami k!

ps; Demam... Oh demam shopping kot!

~~ChurpChurp.

Salam Buat Semua.


Sape sini Churper? Saya Churper. Tapi baru pandai buat assignment dia ah. Dasyat dasyat! (sambil geleng-geleng kepala)

Lama giler dah join benda nie. Tapi baru 2,3minggu nie menjadi buat assignment yang dia bagi tuh. Baru sekarang tengok earning tuh bergerak. Huhu~

ChurpChurp nie ada 3 jenis assignment.  

1. SOCIAL SHARING
2. SOCIAL SEEDING
3. SCHEDULED TWEETS

Tapi saya belum pernah dapat yang SOCIAL SEEDING tuh. Sekarang banyak yang SOCIAL SHARING ngan SCHEDULED TWEETS. Banyak-banyak assignment dia bagi, saya paling suka yang scheduled tweets punya.

Mula-mula join benda nie, ape lah yang dia nak kan. Buat itu salah, buat ini salah. Lebih kurang 5 assignment jugak la saya terlepas dari share. Rugi kot! Hahaha.

Tapi bila dah paham nie keje nak share je. Kalau boleh tetiap hari nak buat keje share-share-share nie tapi fikir kawan kat fesbuk gak. Kang diorang cakap saya nie mata duitan pulak :(

Huhu actually memang mata duitan pon sekarang nie. Ye la menganggur kan. Anggur entah ke mana, tuan tanah pulak makin membesar. Opss~

Lepas godek-godek ChurpChurp nie, rupa-rupanya dia dah letak guide kat situ. Alahai macam mana saya boleh tak perasan guide dia kat sebelah kiri tuh. Tu la orang gelojoh kan selalu rugi. Ye la dah mata duitan kan ($_$) Hahaha.

Kesimpulan entry ChurpChurp, perhatikan sekeliling sekalipon depan mata duit ribu riban. Huhu.

ps; Duit... Takde duit sekarang nie (T_T)

22 December 2010

~~jawatan kosong di Kelantan!

Salam Buat Semua.


Sape nak jaga hamster saya tuk 4hari ketiadaan saya ke KL nie? Hari tuh seminggu ke KL, kawan saya si Bib tuh yang jaga. Kali nie tak leh nak suh dia jaga dah sebab dia pon akan ke sana jugak. Nak suh sape jaga kali nie? Takut jugak kang mati keseekoran pulak hamster saya nie. Hahaha.

Pastikan anda berminat nak jaga ye dan berada di Kelantan. Hahaha! Berminat?

ps; Hamster @ Sayang :P

~~sakit tekak.. tekak sakit.. arghhhh derita :"(

Salam Buat Semua.

2,3 hari dah duk rasa macam nie. Telan air liur perit giler tekak nie. Tapi time makan, ok je. Air liur tak leh telan ke weh? Air liur ada duri ke? Bagai kena cucuk duri je bila telan air liur. Takkan nak suh saya mengunyah makanan sampai saya tido? :'(


Ape tak kena ngan tekak saya nie?


Hmm mungkin sebab kurang minum air. Ye mungkin!

Tadi dah makan ubat batuk. Makan ubat takde kaitan pon sebab tak batuk. Tension ah. Kejap lagi mesti mengantuk. Baru je cakap, dah menguap~

Uwarghhhhhhhhhhhh (menguap la konon)

Ok, takleh nak ngadap lama-lama. Sejuk ah kat Kota Bharu nie. Malam mesti tido pakai stokin, pastu pakai sweater. Bila mandi, kena mandi ngan air panas. Dah macam duduk kat Cameron Highland dah nie. Huhu... Tak ingat lak esok kena bangun awal. Keje wei! :P


Seperti biasa. Keje saya, keje jaga baby besar nie.. Izzat Damien. 

ps; Tak sabar nak jumpa baby kecik comey lotey kat KL nu.

21 December 2010

~~kemas beg kali ke berapa dah tahun nie saje :P

Salam Buat Semua.

Jun -> KB ke KL

Julai -> KB ke IPOH

September -> KB ke KL

November -> 2kali KB ke KL

Disember -> 2kali KB ke KL

Alhamdulillah, dah sikit bertenaga dari semalam.. Tapi tekak masih sakit nak menelan. Telan air liur pon sakit :"( Tapi... Bila makan, ok je. Pelik! Gedik ke mengade-ngade macam nie =.="

Ok fine, sememangnya tahun nie memang keje melepak umah akak kat Kota Damansara tuh. Bukan keseorangan. Seperti biasa bersama family tersayang~



 
Kali nie pegi KL, kitorang pilih nak naik bas je. Lagipon pegi kejap je kan. Penat badan lah kalau pegi kejap je. Badan tak sempat nak rest nak kena pegi keje balik. Badan abang saya lah. Badan saya takpe sebab saya tak keje :P

Mulanya nak naik train, pastu kat bahagian tempat tido kehabisan tiket pulak, so kitorang pilih bas je la. Arghhh rugi! Dah la teringin nak naik train. Last naik masa darjah 5 kot pegi KL. Giler lama perjalanan. Naik kat sini kul6 petang camtu la dan pastu sampai KL kul8pagi++ kot. Best bila ingat dulu-dulu :P

Khamis nie nak pegi. Rasanya malam Khamis boleh la saya kemas beg. Kalau saya kemas sekarang kang, terkejut pulak Mom saya. Huhu. 

Pernah kena perli ngan Mom, "Cepatnya Mak Uda kemas beg..."

Auwww malu saya.. Sekarang tak macam dulu dah. Ye la dah makin matang kan. Hahaha! Ok dah dah, nak pegi tengok cite Hani kat tv3.

ps; Ensemnya Rizal~ :P

~~makanan tuk GIANT sahaja.

Salam Buat Semua.

Hoho nak tahu tak makanan ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadddddaaaaaaaaaaaa....


Kesian saya, tak boleh makan. Nie tuk Giant sahaja. Saya kan Sizuka. Hahahaha hak tuih! Jom tengok Giant kesayangan saya makan Chocky Stick nie~



 *Giler besar sebesarnya chocky stick nie ngan Yaya*

Tapi.... Sizuka yang makan banyak dari 'Giant cute' itu. Huhu :P

ps; Siapa Nobita dalam cite nie ye?

20 December 2010

~~tuan rumah tak sihat.

Salam Buat Semua.

Sorry..... Saya tak sihat semalam ngan hari nie. Semalam seharian tak bukak laptop. Nie pon bukak kejap, nak update sikit, kang tinggal lama-lama bersawang pulak. Ecececeh~

Ok la, kepala pening, hidung tersumbat tapi tak selsema <--- pelik, tekak sakit bila menelan tapi tetap selera makan <--- pelik kuasa dua, suara pon macam orang selsema. Oh pakej kali nie. Peliknya saya tak kena hujan pon, hmm musim dia kot.

Doakan saya cepat sembuh k! Cakap rindu saya banyak-banyak, mesti cepat sembuh. Huhu!

ps; Mata pon dah sikit rabun. Uwaaaaa :"(

19 December 2010

~~mata terus segar bila dapat tahu hadiah yang dijanjikan tu Blackberry. Sape tak nak woi!

Salam Buat Semua.


Skang gua ngah edit main contest dari Digi; What Berry Are You? Eh tetibe biasakan diri ngan gua. Tak manis dan tak comel. Perlulah maintain-kan kemanisan dan kecomelan itu kan?? Hee. Saya dah ketagih main benda nie. Tido pon lewat. Thanks sape yang sudi singgah blog nie memalam. Boleh jugak saya blogwalking sambil main. Hahaha. Kau bajet laptop kau laju cam gaban ke Dak Eina? Oh no no no. Laptop saya lah paling lembab dalam umah nie. Aiyoo malu-malu :P

Slow-slow pon saya sabar. Saya kan penyabar. Ececehhh teringat ehem-ehem dulu pernah cakap, saya nie penyabar. Terima kasih. Saya memang seorang yang penyabar pon. Huhu. Ok, lari topik~

Bercerita mengenai berry lagi. Korang join tak contest nie? Boleh menang blackberry tau. Mata terus kabur, tangan terus capai mouse, jari pulak laju tekan D & G. Oh best main benda nie. Korang mesti cakap, alah mesti tak dapat punya Blackberry tuh. Tengok! Menyerah sebelum berperang! Dey!! Ape nie... Belum cuba belum tahu kan?  Dah cuba, akan cuba tuk berjaya punya kan? Sama jugak tak kenal maka tak cinta. Hmm berkait ke? Kekeke.

Saya mula main ngan contest nie semalam lepas baca entry Mak Cik Pinky tuh. Sekali klik, dah jadi ketagih lak. Hmm bagus sangat! Perli ok~

Meh saya segarkan mata korang ngan hadiah dia. Comel, best, mantap~


Jom ikut main~ Cuba tengok kamu jenis berry apa. Alah contest nie senang je wei. Tak salah kalau cuba. Huhu caiyok caiyok. Saya dah rank 0 ? 8 9 . Biarlah rahsia~

ps; Patah jari aku kali nie T_T

18 December 2010

~~mencari pasangan Mari Menari.

Salam Buat Semua.

Saya baru lepas tengok Kemuncak Mari Menari. Tahniah kat pasangan Razif. Dapat kondominium sebijik kat Perak. Wahhhhh bestnya. Pastu dapat kejutan pegi Bali. Shoot tuk Trek Selebriti lagi tau~ Huhu jeles! :P

Tabiks spring ah kat diorang. Menari fuhh kalah penari professional. Kalau la diberi peluang masuk Mari Menari tuh, saya nak join jugak lah! Tapi nak kena pegi uji bakat dulu kan? Hmm lepas ke uji bakat tuh? Hahahahaha!

Masalahnya sekarang~

Kau ada pasangan ke Dak Eina oi?!

Hahaha. Ok, takde mood nak bebel-bebel panjang.

Oh ye, ada sape-sape nak jadi pasangan saya dalam Mari Menari tak?

Larrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. :P

ps; Gedik nak berlaki! :-*

~~Kontest Blog Terkemas.

Salam Buat Semua.

Hoho blog nie dah lame takde entry kontes kan sejak blog kontes mula tubuh. Ok, kali nie saya kena tag oleh Mak Cik Pinky. Thanks sebab tag saya. Nanti saya tag kamu banyak-banyak k! Hee~

Klik banner kalau nak join!

Kontes nie dianjurkan oleh adik Hana & Fyza. Blog diorang memang comel ah. Pandai hias blog bagi cantik. Saya punya biasa-biasa je asalkan tak serabut. Hee~

Meh saya letakkan syarat-syarat kontes nie. Yang terbaru nie k.
Syarat-syarat wajib * nak gempak jap . muahaha .

   1. Follow blog hana and Fyza . tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog kitorang ok :D

   2. make sure korang ada blog tau! no blog . no contest, no present ! hahah .

   3. buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas . amek banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni .

   4. bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha .

   5. kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina.

   6. tag 3orang blogger ok :)

   7. 3 orang pemenang je akan dipilih . kalau nak tambah nanti kitorang gitau . haha.

   8. update : sebab takut ramai sangat, limit untuk join 1000 orang sahaja . kalau nak tambah hana bagitau :)
Oh ye tak lupa, blog Hana pulak banyak tutorial best-best. Boleh la usha blog dia ye :)

Mangsa saya kali nie.... Bulan, Mish, Zaer. Diorang geng blogwalking saya memalam. Korang kena join tau! Yang lain pon join la jugak k!

ps; Kemas ke blog nie? Erkk!

17 December 2010

~~bersama family tersayang kat i-City ;)

Salam Buat Semua.

Entry lapuk daa~

Seperti yang sedia tahu sape yang baca blog saya memang dah tahu lah kan, saya dah balik umah kat Kelantan nie hah. Selama beberapa hari dan hampir seminggu jugak lah saya menapak kat umah akak saya kat Kota Damansara tuh.

Setiap detik, minit saat itu lah saya hargai. Bersama keluarga tersayang adalah detik yang sangat indah kan? Actually, takde lah percutian sangat tapi lebihkan aktiviti bersama keluarga, bergembira bergelak ketawa. Tambah pulak perangai comel budak dua orang nie memeriahkan lagi suasana. Asyik gelak je tengok aksi anak saudara saya yang comel nie. Sape lagi kalau tak Izzat ngan Qaisara (Yaya).

First entry nie saya nak tunjuk gambar masa pegi i-City aritu. Dah lame teringin nak pegi... Last-last dapat jugak pegi. Terima kasih keluarga ku yang tercinta~

Best giler ok. Ape yang best?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi arnab jadian :P

Minnie Mouse pon ada jugak! :P

 Tiada yang lebih bahagia melainkan dapat bersama mereka semua.
 
Anak-anak buah tersayang. Time nie lepas kejar Qaisara, dia lari laju gila kot. Tergedek-gedek bontot dia. Lucu sangat! Penat tau kejar dia pastu dapat tangkap kena dukung dia. Kang lari lagi kang. Berat wooo 10kg++. Alamak muka berminyak gilos tuh. Abaikannnnn T_T Janji aku enjoy malam tuh :P

Banyak lagi sebenarnya gambar kang korang muntah hijau lak tengok gambar saya yang posing maut tuh. Hahaha.

Ok fine, saya takde idea nak update blog le wei sebab tuh selongkar draft nie. Edit-edit sikit pastu publish! Tunggu next entry, kitorang naik bot pegi round tasik. Cuba teka tasik mana.... Huhu kalau betul dapat beli gula-gula pakai duit sendiri!. Hihi.

ps; Sorry! Kurang idea la~

~~malam jumaat malam??

Salam Buat Semua.

Malam Jumaat malam ________?

Sila isikan tempat kosong tuh k. Tadi tengok tv.. Cite tv3 memang cite hantu kan setiap malam Jumaat? Terkejut saya! Mujur la ada Abah ngah baca paper kat sebelah... Kalau tak mesti tak tengok.

Pastu bila tv3 iklan, saya tukar channel. AXN ada Ghost Adventures kot. Gile ke hape siap bercakap ngan hantu. Beraniiiiiiiiiii tu. Saya? Hmmm jap nak fikir. Hihi :P

Tengok 2,3minit pastu saya off tv. Malas la nak tengok. Bila masuk bilik....

"Apocot!!"
.
.
.
.
.
.

Ingatkan ape la bercahaya dalam gelap di sudut kiri~ Rupa-rupanya Mom ngah mengadap laptop saya. Ishh saje je nak takutkan saya. Dah la tak bukak lampu. Terkejut saya! Mujurlah takde lemah jantung. Saya pon ape lagi.

"Terkejut orang.. Dah la tengok cite hantu tadi!"

Mom boleh pulak gelakkan saya :"(

Tu baru tengok sikit... Kalau tengok banyak mesti terkejut sampai terkencing dalam seluar kot. Huhu.

Kesimpulan kat sini, malam Jumaat malam ada hantu. Erk! Betul ke? Bagi korang malam Jumaat malam ape pulak ek?

Dahhhh nak tido dah. Esok kejeeeee! Keje jage Izzat! :P Selamat malam sayang~

ps; Saya tak takut hantu, saya takut Tuhan. Gerun tiap kali Jumaat.

16 December 2010

~~jom kita berkenalan.

Salam Buat Semua.

Walaupon segmen nie dah ditutup malam tadi, tapi ianya dibuka kembali atas dasar keperihatinan encik Ben dimana ramai yang tak sempat nak join segmen nie. Saya pon tak sempat :P

1. Letak header blog BEN ASHAARI.


2. Bila mula buat blog ?

- 3 Januari 2009. Tak lame lagi, usia blog nie dah 2tahun. Gigi belum tumbuh lagi... [?] Walaupon blog sudah berusia 2tahun tapi saya mula aktif tahun nie kot.. Lepas habis belajar.

3. Jumlah follower sekarang ini ..

- 674 orang. Terima kasih sudi follow blog nie... Hee~

4. Berapa trafik harian ?

- Sikit je dalam 100 lebih kalau rajin blogwalking la.

5. Sehari berapa entri ?

- Tengok atas kerajinan la. Kekadang boleh sampai 4. Tapi sekarang dah 1-3 entry je.

6. Berikan satu blog yang best korang suka baca..

- Blog Irine Nadia Marcello.

ps; Selamat berkenalan :P

~~rasa nak tukar nombor tepon je!

Salam Buat Semua.

"Titt..."

Tetibe bunyi sms masuk. Ok, tu tandanya saya dah puas tido sebab saya boleh dengar bunyi sms masuk. Kalau tak, sorry la 5 keping sms masuk pon takkan dengar punya. Ye la mana nak dengar sebab message tone saya bunyi "titt..." je. Tak suka la bunyi lagu. Serabut! Hee~

Ambik tepon pastu bukak sms tuh. Dah nampak dah no-ex-boifren. Sms yang dihantar "Salam".

Malas lah nak layan sms dia. Bukan takde kredit tapi malas nak layan sms dia. Macam tak wajib je reply sms dia. Buang masa la senang cite layan dia.


Selepas sms pertama tak diendahkan. Sms kedua pulak masuk beberapa minit kemudian. Ye no yang sama yang menghantarnya. No-ex-boifren. Kali nie sms berbunyi "Kenapa Na tak balas mesej orang?".

Sms tuh pun saya tak reply. Kang kalau reply. Makin panjang dan banyak pulak sms yang akan dibalas. Ok, meh saya jelaskan kat sini beberapa sebab kenapa saya tak balas sms dia.

1. Suka hati aku lah wei. Tak semestinya aku perlu dan wajib balas sms kau.

2. Aku tak rasa aku boleh terima kau balik walaupon sebagai kawan.

3. Aku memang tak boleh nak bagi kau peluang sebabnya dulu aku pernah bagi kau peluang tapi kau sia-siakan jugak.

4. Last nie aku nak tanya kau... "Kau pernah ludah, sanggup kau jilat balik?"

5. Nanti aku fikir sebab lain lagi.... Hahahaha!

Grrr! Rasa nak tukar nombor tepon je. Tapi bila fikir-fikir balik, buat apa nak lari dari dia. Biarkan dia sms, call, boleh delete kan sms tuh? Nanti bila dia dah bosan mesti dia akan diam jugak akhirnya kan? Tak gitu?

ps; Kalau tukar nombor, nak pakai Digi la. Bagus tak Digi?

15 December 2010

~~tiada yang sempurna untuk kita, doakan yang terbaik sahaja.

Salam Buat Semua.

Renungan bersama~

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... Cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak.... Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... Yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain... Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu... MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.

Kredit; Facebook

ps; Kena denda :"(

14 December 2010

~~cabaran selama sebulan. jom join!

Salam Buat Semua.

Sesi mencabar diri ye kali nie. Jom join jom. Tapi saya rasa nak mula buat nie Januari 2011 la. Huhu boleh tak?

Di bawah nie senarai task setiap hari sepanjang sebulan. Huh ada yang mencabar minda dan ada juga yang senang. Hoho. Tak sabar pulak nak start la.

•Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.
•Day 02 - The meaning behind your Blogger name.
•Day 03 - A picture of you and your friends.
•Day 04 - A habit that you wish you didn’t have.
•Day 05 - A pi c tu re of somewhere you’ve been to.
•Day 06 - Favorite super hero and why.
•Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you.
•Day 08 - Short term goals for this month and why.
•Day 09 - Something you’re proud of in the past few days.
•Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
•Day 11 - Another picture of you and your friends.
•Day 12 - How you found out about Blogger and why you made one.
•Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently.
•Day 14 - A picture of you and your family.
•Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
•Day 16 - Another picture of yourself (baby pic!)
•Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why.
•Day 18 - Plans/dreams/goals you have.
•Day 19 - Nicknames you have; why do you have them.
•Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future.
•Day 21 - A picture of something that makes you happy.
•Day 22 - What makes you different from everyone else.
•Day 23 - Something you crave for a lot.
•Day 24 - A letter to your parents.
•Day 25 - What I would find in your bag.
•Day 26 - What you think about your friends.
•Day 27 - Why are you doing this 30 day challenge.
•Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
•Day 29 - In this past month, what have you learned.
•Day 30 - Who are you?

Hah.. Korang berani sahut cabaran nie tak?

ps; Tak lama dah nak masuk tahun 2011.

13 December 2010

~~antara mimpi dan realiti. bergayut ngan orang lain, mimpi keluar orang lain :P

Salam Buat Semua.

Semalam saya ada bercakap tepon atau erti kata lain bergayut la kan? Ye bergayut. Lame giler bergayut sampai patah dahan tu habis bateri tepon. Bagus Dak Eina. Dah lame tak bergayut kan. Sekali kau bergayut sampai habis bateri tepo kau. Tipu..... Bateri dah tinggal berapa bar je time kawan saya call.. Tapi sempat gak lah 2jam bergayut ngan dia. Ringkasnya, saya panggil dia M k. Auww M ngan M = masyukkkkkk. Hahaha! Matiiiiiii kalau dia baca entry nie :P

Alah M nie bukan orang lain. Budak kelas saya kat poli dulu. Kebetulan saya tak tido lagi semalam. Dia nie suka kacau orang tido kot. Hari tu dia pernah kacau saya tido dalam pukul4 pagi camtu ah. Bila jawab dia tak bercakap pulak tapi dia bagi saya dengar "Waktu sekarang sudah jam.... bla bla bla" Macam tuh la lebih kurang. Huh hangin kejap. Dah la saya kalau dah tersedar susah nak tido balik. Tahniah ye buat saya hangin pagi tuh.

Semalam ada cite pasal kamera, tepon. Tetibe terkeluar pulak pasal tepon Nokia C3. Berkenan ok. Dah la ade kaler pink. Korang yang dah beli tuh. Janganlah menunjuk-nunjuk kat saya boleh tak? Jeles nie tau? Eh tetibe! :P

Pastu dah penat bergayut-yang-entah-pape-siap-berduet-nyanyi-lagu-kekanda-adinda-dan-sampai-habis-bateri-tepon-aku. Ok, masa tuk tido. Krohh krohh kroh..

Haihhh siap mimpi tau semalam. Bukan mimpi ngan dia. Tapi mimpi dengan N. N bagi hadiah....... Actually ngah kebingungan nih.

 Dia; Nah...... Nokia C3 yang awak idam-idamkan.

Saya; Tenkiu awak! :P


Saya mimpi dapat hadiah Nokia C3 tapi kan bentuk dia iPad. Saya ingat lagi bentuk dia. Besar....... Nokia C3 kecik. Haih mungkin dunia mimpi saya dah terbalik kot... iPad tu C3. C3 tu pulak iPad. Ishhhh nie la akibat bercerita sesuatu sebelum tido. Mesti masuk mimpi punya. Tapi kan... Apasal N pulak yang muncul? Kenape tidak M? Hahhhh yang tuh saya malas nak cakap lebih-lebih la. Awak ingat saya ke saya ingat awak nie? Tett! Hahaha!

Pape pon.... Mimpi tuh mainan syaitonnn.. Buat ape ambik serius. N... Cool la wei. Jangan ketat muka baca entry nie. Eh macam lah kau baca lagi blog aku. Hehehehehe! Peace!

ps; Oh bahagianya kalau ada orang hadiahkan Nokia C3. Tak nak iPad :"(

pss; Saya memang pandai melukis! Boooo... :P

~~kau ku sayang :))

Salam Buat Semua.

Selamat pagi korang korang dan korang.

 

Mood: In Love ♥

Lagu; Kau Ku Sayang
Artis: Siti Nurhaliza

Kata kau! Takde maknanye nak jatuh cinta buat masa sekarang. Saya masih bersama dia walaupon dia sudah bersama orang lain. Dah kau jangan perasan! Kau jaga bini/gf kau. Sedih sebab Zahid je pon. Kahkahkah!

ps; Happy birthday to awak :))

pss; Bangun pagi murah rezeki :P

12 December 2010

~~buat hal lagi ke wei?

Salam Buat Semua.

Tension....

Bila bukak blog, tengok komen...

Wah menarik nie. 

Banyak respon dari entry;



Tapi sayang empat-puluh-ribu kali sayang.

Den tak dapat nak approve komen!

Buat hal lagi ke blogspot nie?

Bila klik approve, akan keluar benda macam kat bawah nie.


Serius tension! Dah la nak komen entry orang lain pon tak dapat.

Korang macam tu jugak ke?

Buntuuuuuuu ai nyah oi!

:(

ps; Dah dapat approve pon pas log out dan log in balik. Saje je bagi aku tension. Masalah nie pon aku tension. Teruk!

11 December 2010

~~kadang-kadang ex-boifren nie membahagiakan :P

Salam Buat Semua.


Keh keh keh!

Membahagiakan la sangat kan?

Actually ex-boifren saya ada sms saya balik. Punya lah marah mula-mula tuh sebab teringat balik cara dia buat saya 2 tahun lepas. Tapi hati saya mudah cair. Sekeras-keras saya pon saya akan lembut balik. Lembut-lembut saya pon takde nak cakap saya,awak. Dalam sms biasakan diri "Aku dan Kau". Dia pulak tetibe jadi lembut "Orang ngan Na". Ciss nak ngorat aku balik ah tuh.. Hahahahaha!

Serius la saya cakap kat sini. Saya sayang giler kot kat dia. Pastu kan dia lah first love saya. Kena tinggal ngan first love tuh menangis 3 bulan tak berenti tau tak?

Ada soalan yang berlegar-legar sekarang nie..... Kalau ex-boifren korang tackle korang balik. Korang layan tak? Nak terima balik tak? Kalau saya??? Hmmmm.. Hanya mampu cakap "Kalau dah jodoh tak kemana. Awak lari lah ke Afrika pon. Kalau dah dia jodoh awak. Dia tetap milik awak. Betul tak?" Hehehe :P

ps; Kau dan aku tak mungkin jadi seperti dulu :))

~~sebelum kapel bukan main baik.. dah kapel? ohhhhh lelaki!

Salam Buat Semua.

Tak sangka ramai pulak orang bagi respon kat entry sebelum nie.

Nie antara respon/komen yang saya terima dalam entry [ini]

wanie kamal; mmg pon.ble dh dpt wt xksh je kn3..sdeh tol (Tahu takpe wanie..... Sedih sangat)

AkuAyie; sbb masa kapel, kite sep duit. nk mesej ngn dia sorang je. bile dh xde kapel, seboleh2nye nk mesej ngn semua org, supaya x terasa sunyi. HAHA~ mmg masa berkapel sgt menjimatkn. HAHA (Yup.... Eina sokong Ayie tuh. Memang nak mesej semua orang walaupon orang tuh tak nak reply mesej kita)

Ain Zulaikha; heheheh terbalik pulak sis eina ni, macam mana bila single banyak kali topup ? hahaha.. biasa la gitu.. da dapat di lupakan , bila kita tak de baru tercari2.. em2, lebih baik berkawan je.. (Memang pelik sangat nie Ain.... A'ah baik berkawan la kalau perangai berubah lepas tuh. Sis Eina tak suka la perangai lelaki macam nie)

Cikbelog; erk..mungkin dia tak nak tunjuk yang dia sayang kamu..mungkin la kan..pikir positip untuk redakan marah.heeee (Hahahaha tak nak fikirlah.. Tiap kali fikir... Yang negatif jugak keluar. Senang jek. Bincang tanya apsal perangai encik bf dah berubah tak macam time kawan-kawan dulu. Biar sedar diri sikit! Huhu garang tak saya??)

twinkle twinkle; ahha betul2 laki selalu mcm itu (Yup...... Tapi tak semua kan???)

Ery Farieha; ahh sebijiknye situasi kita. kenapa lelaki macam ni ek? ;( (Ingatkan Eina sorang je kena cam nie. Ery pon kena eh? Hmmm lelaki oh lelaki. Saya nak awak jawab yang nie. Boleh?)

Huhu... Rupa-rupanya bukan saya sorang yang kena macam tuh. Ramai lagi ye? Lelaki...... Boleh tak jangan buat kitorang (pompuan) macam nie? Jangan ar sebab dah kapel, awak guna pegangan "alah kau milik aku dah kan, mesti kau akan paham punya perangai aku macam mane" Weh! Kenape time kawan dulu kau tak tunjuk sikap sebenar kau eh? Arghh tension aku bercerita pasal nie. Makin emo tahu tak.

Eh apasal saya buat entry mengarut nie. Macam nak marahkan lelaki je kan? Hahaha. Pengalaman mengajar erti kehidupan kepadaku dan menjadi saya semakin matang~ Huh matang lah sangat kan? Wuwuwuwuwu. Sekadar berkongsi dengan korang. Saya pernah mengalami situasi nie. Saya tak nak ianya berulang lagi.... :))

ps; Kepada bakal boifren, saya tak nak awak berubah ok?

pss; Terima kasih kat semua kat entry [ini] Dah boleh senyum sikit-sikit nie. Alhamdulillah :)

09 December 2010

~~nak pinjam bahu... bagi tisu sekarang!

Salam Buat Semua.

Serius saya cakap, saya takde mood hari nie. Mood dah berlari ke langit [?] Sedih gilos! Nie gara-gara someone tapi tak perlu lah saya nak cite sebab sape. Biarlah hati nie hancur berkecai sorang-sorang. Saya memang selalu sangat  kena ngan situasi nie tapi saya buat tak tahu je. Kali nie saya tak tahan sangat. Melampau :"( Terima kasih sebab membenci saya. Saya terima semuanya. Mungkin ini memang ketentuan dari-Nya, saya redha. Saya tak minta dilahirkan di dunia ini tapi saya tetap bersyukur sebab dilahirkan dan mampu merasa nikmat hidup di muka bumi Allah ini. Saya hanya mahu dihargai bukan dihina dicerca sedemikian rupa. Saya masih mempunyai hati dan perasaan. Mungkin saya teruk sebab saya menceritakan kisah saya kat blog nie. Tapi saya masih mempunyai akal fikiran, tak cerita siapa yang buat saya sesedih hari nie kan? Air mata saya menitik tiap kali perkataan tu terngiang-ngiang kat telinga nie. Saya tahu saya selalu dibenci. Tapi saya buat tak tahu je. Kalau saya layan rasa benci tuh, mungkin lebih teruk keadaan sekarang nie. Saya hanya mampu meluahkan kat blog. Orang kata, "diam itu lebih baik kan?" So saya ambik inisiatif tuh. 

Blog...... Kau kena dengar masalah aku, ok? 

Saya memerlukan seseorang tuk saya luahkan perasaan sedih saya sekarang tapi sape yang sanggup nak dengar? Sape sanggup bagi bahu dia tuk saya? Sape sanggup bagi tisu kat saya sekarang? Mungkin ada dan mungkin takde. Ok, saya terima lagi hakikat itu. Air mata saya memang murah time nie. Izinkan saya berundur diri buat seketika untuk 'membanjirkan' bilik saya sebentar. Saya bukannya nak meraih simpati sape-sape tapi terima kasih kalau anda anda anda semua bersimpati atas nasib saya. Saya sedih. Sebab ape? Birlah rahsia~

ps; Terima kasih kerana membenci saya :))

08 December 2010

~~kita kawan je lah eh?

Salam Buat Semua.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30malam (lebih kurang).

Anak; Mom, jom teman orang pegi topup kejap. Takut la memalam nie. Gelap :(

Mom; Haih baru 3hari lepas Mom topupkan RM10 dah habis ke?

Anak; Dah habis dah......... Hmm takpe lah Mom. Biar orang pegi sorang-sorang.

Si Anak berlalu ke kedai untuk topup kredit tepon dia dengan merempit. Sorang-sorang ok! Berani tak? Sanggup kan si Anak pegi kedai sorang-sorang memalam semata-mata nak topup. Hahaha! 

Si Anak tu saya lah. Hahaha! Haih saya kepelikan kehairanan kebengongan dah nie......... Apsal sejak single nie, kerap bebenor saya topup. Dulu masa kapel, sebulan sekali je saya topup. Kekadang 2bulan habis RM10 je. Betapa jimatnya time kapel dulu. Huhu. 

Tu la belum dapat, tetiap hari sms tanya khabar. Soalan pon same je tetiap hari. Tak muak pon. Dah dapat, kau buat keje kau, aku buat keje aku. Seminggu sekali sms kira dah kira ok sangat lah tuh. Seminggu sekali tanya khabar pon harammmmm ok! Entah-entah saya masuk wad ke mati ke awak pon tak tahu kan? Saya demam lagi lah awak tak tahu :"(

Boleh tak jadi cam dulu-dulu? Kenapa time berkawan, awak baik sangat eh? Siap paksa-paksa saya pegi makan ubat pe semua kalau saya sakit. Ugut pon penah, "Kalau awak tak makan ubat, awak tak sayang saya" Amboiiii bukan main lagi kan? Bila dah dapat, awak buat tak tahu je bila saya sakit.

Ishh kalau macam nie, baik kita berkawan je. Boleh? Arghhh kawan sudah. Tak payah ajak kapel. Saya lebih suka awak jadi kawan saya la kalau saya tahu perangai awak akan berubah lepas kapel. 

ps; Mereng lah entry nie. Kalau makan cili, anda akan terasa pedasnya. Hahahaha!

~~selamat semuanya :))

Salam Buat Semua.

Alhamdulillah saya dan family dah selamat sampai tepat pukul7 malam tadi. Syukur semuanya selamat, takde pape berlaku masa otw balik tadi.

Penat..... Tapi cam best jek perjalanan hari nie. Sampai je sempadan Kelantan terus hujan. Huhu sejuk tu yang best. Asyik tido je dalam kete. Konfem malam nie susah nak tido. Banyak tido petang tadi kan. Eleh padehal tetiap malam asyik susah nak tido melainkan penat melampau!

Tadi rasa nak update gambar-gambar sepanjang 'percutian' nie tapi rasa cam tak larat pulak. Huhu takpe la... Saya update lain kali je k.

Rindu saya tak? Letak gambar nie mesti korang dah tahu saya pegi mana kan. Nie saya letak sekeping je. Tak suprise pulak letak banyak-banyak. Bajet ada yang tertunggu-tunggu entry tuuu nanti :P

Rabbit tersesat dalam blog saya

Psstt......... Pak Andak, terima kasih sebab sudi teman Mak Uda petang tadi. Takde lah Mak Uda boring. Sayang Pak Andak ketat-ketat lah! Hihi :P

Ok, jumpa lagi geng! Esok-esok saya pegi blog korang pulak eh. Terima kasih pada yang sudi datang blog nie. Sayang korang lebih lah~

07 December 2010

~~pulang ke kampung halaman... ecececehhh :P

Salam Buat Semua.

Doakan perjalanan kami selamat.

Sekarang otw balik ke Kelantan ;)

Beberapa hari lagi, insyaAllah akan kembali ke kL.

Huhu :))

Alhamdulillah...... Rasa bahagia sangat kali nie :)

06 December 2010

~~tahun baru, azam baru ;)

Salam Buat Semua.

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.



Semoga tahun baru ini (1432H) akan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.... :))

~~RIIIIIIIIIIINNDDDDDDUUUUUUU!

Salam Buat Semua.

Huhu hajat di hati nak tido. Status kat fesbuk dah cakap good night dah. Pastu anta msg kat tersayang cakap nak tido dah. SAYANAKTIDODAHNIESAYANG. ILOVEYOUKETAT-KETAT. MMMMUUAHHH! TIPUUUJELARWEH!!! Tersayang celah mana pulak. Saya mana ada boyfriend. Hehe :P

Pastu tetibe nak bukak blog. Dah lame tak update kan. Last update hari Sabtu kan. Nie dah masuk Isnin. Lame kot. Rindu gila babi ok! Hahaha. Nanti takde pulak orang nak singgah blog nie sebab lama tak ber-update. Bajet ade jek yang bace blog haku :P Tapiii sape yang sudi singgah pastu tinggal jejak tinggal komen kat blog saya, terima kasih. Tak dapat nak balas lagi la. Saya masih bercuti. Bercuti la sangat kan. Haha. 

Plan nak pegi Desa Water Park hari nie (Ahad) cancel last minute sebabnya si Izzat demam, saya pulak batuk tambah pulak lengan sebelah kiri lenguh-lenguh. Tak paham betul, tetibe dapat lenguh-lenguh =.= Huh nak buat macam mana. Kita manusia nie hanya mampu merancang, Allah SWT yang tentukan, kan? Last-last pegi Tampin pastu pegi Kuala Pilah. Haih dua hari berturut-turut pegi Negeri Sembilan. Tadi pegi umah penjaga  gol pemain bola sepak negeri tett, mana boleh bagitahu. Rahsia. Tapi tapi tapi korang percaya tak? Hee~

Ok lah, dah lepas dah rindu nak taip entry. Takde gambar lagi. Card reader tertinggal. Tak suka :"(

ps; Lusa baru balik Kelantan! Yay!!

04 December 2010

~~hai mamat Negeri Sembilan :)

Salam Buat Semua.

Hari nie bangun pagiiiii. Subuh lagi dah bangun. Bagus tak? Hee~

Hari nie nak berjalan pegi Nogori Sembilan. Sape duduk kat Negeri Sembilan? Jom dating, lepaking, shopping kat Nilai?  Macam boleh je kan mengajak orang bagai tuh. Bukannya nak pegi shopping kat Nilai tu pon. Tapi pegi kenduri kendara dengan saudara-mara. Huhu. Kenduri tu kat Senawang. Tak pernah lagi sampai sana. First time nie. Takut pulak saya.  Haha macam saya pulak nak kawen.

Simple saje hari nie. Pakai baju kurung bunga-bunga, shawl n wedges. Tertinggal handbag la pulak. Tak pe. Kita letak barang-barang dalam beg sape-sape. Nasib la kan? Sape suh bawak beg besau.. Hahaha!

Ok, entry nie auto publish k :P

ps; Perasan tak banyak entry tak bergambar? Tertinggal card reader la weh!

03 December 2010

~~kenapa mamat sebelah umah nie macam awak? :))

Salam Buat Semua.

Hye warga Kuala Lumpur..... Saya dah berada kat sini! Jom dating-dating jom. Wuwuwuwu. Semalam sampai pukul11.30 malam. Lame giler kot perjalanan tuh. Bertolak dari umah dalam pukul2.30 petang. Semalam ujan pastu jem, lupa lak nak bawak roti. Hahahaha! Banyak kot kete semalam kiranya tak smooth la perjalanan kitorang. Tak suka tau.

Tambah pulak berhenti makan. Kitorang makan kat umah Tok Ti tau. Eh tak tak. Berhenti makan kat Kuala Lipis je pon. Terbaik lah. Ramai lelaki ensem. Apasal entah, abang saya lah yang nak makan kat situ. Pelayan lelaki, chef lelaki, tauke pon lelaki. Tapi takpe..... Semuanya ensem-ensem. Hahaha. Malu saya nak makan kat restoran lelaki tuuu. Pandai saya cover makan semalam. Mujur ikan tak terbang, sayur tak berterabur telur tak pecah. Erk? Hahaha!

Hari nie pagi-pagi lagi dah bangun. Bagus kan? Sebenarnya serabut dengar tepon Mom yang bising tuh.  Mane tak bising kalau volume paling kuat. Tension I nyahhhhh! Ingatkan sape lah yang call. Rupa-rupanya akak call, just nak cakap berapa scoop susu tuk buat susu anak dia si Qaisara je pon. Kebetulan Mom duduk kat dapur time tuh. Terpaksa saya angkat. Bila dah turun bawah, Abah suh mandi bersiap ape semua nak pegi tengok nenek kat Subang.

Ok, bila dah sampai kat umah Pak Cik kat Subang, terus pegi salam ngan nenek. Nenek sedih tengok kitorang datang. Ye la kitorang duduk Kelantan, jarang-jarang dapat datang sini. Mom pon perasan nenek sedih tadi. Nampak air mata dia keluar. Sampai saya pon rasa sebak jugak tapi cepat-cepat ambik tisu. Malu lah menangis depan orang ramai T_T

Paling dasyat dan takleh blah, masa nak masuk umah, tengah tunggu abang ipar bukak pintu pagar, anak jiran sebelah umah akak nie kuar dari kete. Tetibe Mom cakap "Eh macam N**** la Eina" Saya pon cakap "A'ah la Mom tapi bukan dia la.. Dia lagi besar kot" Ada la sebijik tang muka tuh tapi kecik sikit. Macam mana boleh tak perasan sebelum-sebelum nie eh? Padehal dah beratus kali dah datang sini. Baru hari nie ternampak muka mamat sebelah nie. Hmm tetibe lak teringat kat dia.. Sudah-sudah la tu ingat yang lepas. Ingat yang baru lagi baik. Hahaha. Cepatlah datang yang baru :P

Eh malam nie jumpa kat i-City nak tak? Huhu!

02 December 2010

~~perubahan blog bermula 1 Disember 2010.

Salam Buat Semua.

Perasan tak apa yang lain kat blog saya? Hee~

Header? Tak. Masih guna yang tuu. Cuma.. Mekap sikit pastu dah tukar kat caption. "bukan mudah menjadi saya" Ececehhh~

Sidebar? Takde tambah pape pon kan? Eh ade lah. Klik1Malaysia. Boleh lah nak iklankan blog percuma kat sana.

Zahid? Apsal pulak cite pasal dia. Hahaha. Takde kaitan langsung ok! Dah buang gambar dia. Ada orang jeles lah. Muahaha kononnye!

Signature? Huhu dah takde kan signature saya yang kaler oren tuh.

Footer Image? See pandai pon..... Anak sape lah nie?! Hahaha. Amacam? Cun tak? Hek hek! Cakap la cunn sangatt same ngan header. Huhu. Penat tau buat. Tapi berbaloi-baloi lah bak kata Celcom Blue ;P

Tahniah tuk diri sendiri sebab pandai menggodek blog. Huhu. Tak guna tuto pon nie sebab tak nak main HTML. Haha.

ps; Otw pegi KL. Doakan perjalanan saya dan keluarga selamat ye!

~~pening bila terhidu bau wangi :P

Salam Buat Semua.

Uwaaaaahhhhhh wanginya umah hari nie. Macam familiar je bau nie. Tapi langsung tak ingat bau ape. Cuba tanya Mom bau ape semerbak je bau tuh. Mom suh tanya Izzat.

Saya; Izzat.... Wanginya... Bau ape nie?

Izzat; Mane Izzat tahuuuu.

Saya; Cis budak nie. Mesti dia punye keje la nie. Takkan bau hantu kot siang hari cam nie.

Berjalan menuju ruang tamu. Mencari sesuatu. Bau tadi makin kuat. Tetibe ternampak botol Febreze. Kat sebelah tu ada tepon saya. Ishh basah kuyup bila tengok tepon tuh. Ade ke patut Izzat spray Febreze kat tepon saya. Tahu lah tepon tuh saya anak tiri-kan. Janganlah suka suki pegi spray  Febreze kat tepon tuh. Bukannya bau hapak pon. Ishh nak mengamuk lebih-lebih pon bukan style saya *err iye la sangat kan*

So simpan botol Febreze tinggi-tinggi supaya Izzat tak dapat ambik. Lepas simpan botol tuh, tetibe kepala nie pening, pusing-pusing camtuh. Aiyoo sejak bila bau Febreze buat aku jadi pusing-pusing nie =.="

Err melampau sangat kot Izzat spray kat tepon tuh. Tak pasal-pasal saya pening pagi nie. Dah la petang nie nak gerak pegi KL. Tak suka! Tak suka! Tak suka!

Arghhhh! Pening!! Panadol satu papan~ Hahahaha!

~~kemas beg bajuuuuuuuu kejap!

Salam Buat Semua.

Esok gerak pegi KL. Yeah! Asyik bercuti-cuti Malaysia saje sepanjang tahun nie. Syukran syukran! Saya sangat bersyukur...... Sebabnya saya nie suka bebenor le kalau cite bab bercuti nie. Ye la bercuti ngan family kan. Sape tak suka. Huhu. Dah plan macam-macam dah 'percutian' kali nie. Harapnya semua berjalan dengan lancar.

Esok bertolak pukul berapa tak pasti lagi. Mesti bertolak lepas Zohor. Hoho bestnya. Paling best kot tido dalam kete. Hahaha ayat perli kat situ. Sakit pinggang tahu? Huhu ;)

Baju? Kejap lagi kemas lah. Berapa pasang nak kena bawak nie? Banyak takpe jangan kurang :))

Kasut? 2 pasang sudah cukup. Oh ye nak kena bawak selipar jepun jugak :P

Laptop? Bawak kot. Lame pegi sane. Kalau rindu ngan blog macam mane? Hee~

Kamera? Harus ada. Kenangan perlu diabadikan. Hak hak!

Huhu. Nanti saya update lain k. Nak pegi mengemas dulu. Tak suka tertinggal barang. Nanti tak lengkap lah 'percutian' saya!

design with love by Dak Eina