kite kawan

31 August 2010

~~biskut raya dalam mimpi jek!

Salam Buat Semua.


Hari nie satu hari suntuk I tak on laptop. Bangga kejap. Kuikuikui. Bukan sibuk buat kerja tapi sibuk lepak atas katil. Best pulak kan tido siang tadi. Pastu malam jadi lah burung hantu. Hak hak ;p

Mesti korang pelik kan. Semalam I cakap nak buat biskut raya pagi nie. Tapi kan tapi kan tapi kan I kan I kan I kan........ I buat biskut raya dalam mimpi! Hahahahahaha!

Huhu nikmat giler rasa kalau tido takde gangguan kan? Lagipon Izzat takde kat umah. So boleh lah I menikmati tido. Kalau dia ade, mesti kena tukar tempat tido. Tido sini kena kacau, tido sana kena kacau, Last last celik mata, baru dia tak kacau. Huhu. Susah kalau ada mak saudara suka tido nie~
Sape kat sini suka tido? Boleh le kita jadi geng. Hahahaha!

Psst!! I tido bukan apa, sebab letih. I mengemas ruang tamu malam tadi. Lotih den. Mengemop, menyapu. I tukar karpet baru. Huh puas hati. Mengemas umah dah settle dah. Nanti minggu depan, adik-beradik balik diorang dah tak payah buat kerja. Den sudah buat semuanya. Huhu ;)

Dan yang terakhir, I nak ucap Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada semua. Merdeka merdeka merdeka!!! 

Bye!


30 August 2010

~~semuanya dah selesai!

Salam Buat Semua.


Alhamdulillah persiapan raya I dah selesai. Bahagian I dah settle pagi tadi.  Bahagian Mom tak settle kat tudung raya. Mom cakap nak beli tudung time kakak I balik. Padehal Mom boleh je beli sekali tadi. Tapi dia cakap beli tuk I dulu la. Mom punya nanti-nanti la. Begitu mulia hati seorang ibu kan, sanggup dia penuhi permintaan I. Tersentuh kejap siang tadi. Semua I nak I dapat. Nak itu, nak ini, pilih la. Mom yang bayar. Terima kasih Mom! Eina sayang Mom sangat! <3

Tadi I keluar beli tudung raya = 3helai, kasut raya pastu jeng jeng jeng. Yang jeng jeng jeng I tak boleh bagitau. Hak milik kerajaan. Dapat diskaun 70% tu. Berbaloi-baloi. Dah lama mengidam, akhirnya menjadi milik I. Hoho sape tak seronok kan?

Tudung dan kasut raya tuh tak nak tunjuk lah. Nanti tak surprise pulak. Hihi. Hari nie I penat giler. Sampai umah tengok tv kejap terus 'pegi kayangan'. Maklumlah I tidur pagi tadi pukul8 pagi. Pastu pukul9.45 kot, Mom kejut I dari tidur. Mula-mula macam malas nak pegi sebab mengantuk giler. Sampai kan abang I pulak mai kejut I. I buat tak tahu jugak ngan abang I. Haha punya lah mengantuk kan, orang datang kacau, tak rasa angin ke?

Last last Mom cakap, kalau tak pegi hari nie, Mom tak nak pegi dah. Ok fine, Mom ugut I. Laju jek I bangun ambik towel dan pegi mandi =.=

Lucu gile ah shopping hari nie, menguap jek. Maklum lah tak cukup tido kan. Bila dah sampai umah, ambik kau! Tido tak ingat dunia. Mujurlah tak buat peta, kalau tak dah keliling dunia I pegi. Hahaha!

Dah tak sabar weh nak raya! Tadi I ada ajak Mom buat biskut esok. Yay! Mom setuju. Time rajin nie memang I yang beria nak buat. Time malas ampun lah nak ajak bagai nie. Huhu. Lagipon Izzat takde kat umah skang nie. Hari nie dia pegi Kuantan ngan parents dia. Esok baru dia balik. Sempat lah buat kejap sebelum dia sampai. Hik hik. Kalau dia ada, konfem dia lah chef kat dapur! Hahaha!

Ok lah I nak BW kejap, pastu I nak tido. Nak simpan tenaga weyh. Esok I nak buat biskut. Biskut yang nak dibuat biskut kacang ngan biskut cornflakes. Yay! Sape nak resepi? Search ajo kat GOOGLE. Hahaha! Dasar kedekut~

Bye!


29 August 2010

~~yay! shopping time!

Salam Buat Semua.


*scheduled post*

Akhirnya Mom ajak I pegi shopping!

Time entry nie di-publish, I ngah shopping raya.

Nak beli tudung raya dan kasut raya!


Huhu.

Jom lah shopping sama-sama kat bandar Kota Bharu nie k!

Ahaks~

Bye!


~~saya harap katak itu prince charming saya!

Salam Buat Semua.


Hye readers! Petang tadi I ada bercakap fon ngan abang I. Abang I yang sorang nie jek paham jiwa I. So tadi I ada call dia sebab I ada masalah. Tiap kali ada masalah, abang lah pendengar setia. Terima kasih abang! Sebab abang, jiwa adik tenang sikit :(

I tak nak cite masalah apa yang I ngah hadapi sekarang nie. Banyak hati I kena jaga. Cukuplah I yang tanggung sorang-sorang. Sob sob sambil kesat air mata. Walaupon air mata tak keluar. Hahaha!

So tadi nak dapat feel cite kat abang I turun pegi laman umah. Baik punya jalan sambil gelak-gelak borak ngan abang, terasa kaki terpijak something. Rasa macam lembik-lembik panas jek. Sekali tengok bawah nak tengok pijak apa, baik punya katak tu duk sebelah kaki I.

I pon apa lagik! *&^%$#$%^#$%^. Hey! Bukan melatah mencarut k. Tapi melatah sopan jek. Maklum lah bulan puasa ^_^ Syukurlah tak keluar benda-benda mengarut. Haha! 

I cuma menjerit "Arghhhh!! Kaaaattttaaakkkk!!!" Sambil menari-nari kejap kat situ. Huh dalam hati I, Allah je yang tahu perasaan takut I macam mana. I fobia ngan katak nie :(
Ok lepas menari-nari kat situ, I lari pegi kat mini kebun kat depan umah nie. Oh best lepak situ. Nyaman jek sambil-sambil tengok timun yang sedang membesar. Huhu baik punya Abah bercucuk tanam kat situ. Semuanya nampak membesar dengan sihat!

Tak nak lah cite sayur apa lagi yang Abah tanam. Nak sambung cite tadi. Ngah borak-borak ngan abang, kata nak feel kan, konon macam cite tamil le ambik kutip-kutip batu pastu lempar kan. Ngan mata tengok lain, tangan pulak meraba kat bawah, sekali lagi rasa macam lembik-lembik. Aiyokk! Kali nie terpegang katak! Err giler geli! Borak ngan abang pon jadik tak best. Mujurlah sesi meluahkan perasaan tuh dah lepas. Hahaha!

I tak suka katak! Geli~
Tapi bila ingat-ingat balik kan, I rasa katak tuh macam ada kaitan jek ngan I. Hahaha! Kaitan apa? Cuba teka!
Ala macam cite dongeng tuh, yang puteri raja kiss katak, dia akan bertukar jadik prince charming tuh! Huhu alangkah bahagianya kan? Kan? Tapi I bukan puteri raja lah ;)
Bila lah I nak dapat prince charming nie. Huhu gilos~ Jauh dah I berangan. Takde ah yang fobia ngan katak tuh. Hahaha!

Bye!


28 August 2010

~~puasa nie makin mengembang nampak!

Salam Buat Semua.


Hye korang. I tak sempat nak BW lah hari nie. Busy yang teramat! Hoho macam orang penting pulak cakap busy busy nie semua kan? Hahaha. Malam baru boleh online dengan tenang.


Actually I takde keluar mana-mana pon. Lepak kat umah jek. Tido dan tengok tv. Bukak puasa pon kat umah jugak. Setakat hari nie takde orang ajak I pegi bukak puasa sama-sama lagik. Oh bila macam nie rindu pulak nak bukak puasa sama-sama ngan kawan. Bestnya kalau dapat bukak puasa ngan kawan-kawan kan? Rindu pulak bukak puasa kat KFC tahun lepas. Huhu ;) Korang-korang tak nak ajak I bukak puasa ke? ;p


Eh banyak pulak I merepek kan. Yang sebenarnya I nak tanya korang nie. Puasa nie menggemukkan korang ke menguruskan korang? *ayat-macam -entah-apa-daa*


Kalau korang nak tahu puasa nie buat I makin mengembang~
Hoho satu jeans sudah tidak muat. Terpaksa pakai jeans lain :( Sudah terbukti tadi sebelum keluar pergi beli barang dapur. Kalau timbang berat nie entah lah berapa kilo =.=


Dah lah nafsu makan makin meluap-luap. Ok fine, tadi kat luar I makan aiskrim. Wuwuwu best gilak aiskrim tuh. Maklumlah puasa kan, sekali dapat makan aiskrim best wo. Licin!




Pastu bila balik umah, Mom hidangkan kerang. Kerang ok lagi. Tambah pulak keropok lekor, cucur udang! Perhh telan semua. Sekarang perut ketat konfem susah nak tidur. Huhu.


Korang mengembang macam I jugak ke? Komen sikit. Banyak pon takpe dear!


Terima kasih pada GOOGLE ;)

Bye!

27 August 2010

~~persiapan raya tahun nie.

Salam Buat Semua.


Ohoi apa khabar semua? Puasa tak? Ke tengah lunch? Hahahaha kantoi ponteng puasa. Hek hek. Kalau tanya I. I puasa hari nie. Minggu uzur I dah lepas. Huhu perlu ke mention? Dasar tak malu =.=


Hurm tak lama dah nak raya kan. Alahai cepatnya masa berlalu kan? Dah dengar dah kat kawasan umah I nie lagu-lagu raya *tipu padehal umah I jek yang pasang lagu raya tuh*


Persiapan raya korang macam mana? Dah beli baju raya? Tudung songkok dah beli ke? Kasut raya amacam? Kuih raya dah buat? Ke 'buat' kat kedai jek? Hihi. Langsir dah pasang baru? Perabut umah dah tukar? Courts sekarang ngah buat sale tuh*melampau lah kalau tiap kali raya tukar perabut*


Kalau korang tanya I soalan-soalan tuh, I hanya boleh jawab, persiapan raya I tak start lagik. I hanya boleh cakap, I ada baju raya 3pasang. Tu pon tak ambik lagi kat umah tukang jahit. Yang lain-lain takde lagi. Kesian kan? Hahahaha!


Mau shopping~


Tudung raya?
Tahun nie nak pakai tudung bawal jek. Tahun lepas pakai shawl macam tak kena je. Tak sesuai kot. Kalau pakai tudung instant, macam biasa pulak. Entah lah nyah! Tak kira mau tudung bawal jugak tahun nie ;)


Kasut raya?
Beli wedges jek lah kan. Kalau dapat macam kat atas nie sumpah I rembat! Huhu ;p Lagipon selesa pakai wedges berbanding yang lain. Tapi kalau I jumpa jenis lain tapi ia berkenan di hati I. I rembat je. Huhu tak sabau lah nak pilih kasut raya! Mesti I pening nak pilih. Hihi ;p


Biskut raya?
Tahun nie Mom cakap nak buat biskut kacang jek. Tak tahu lagi biskut cornflakes nak buat jugak ke tak. Seperti tahun-tahun yang lepas la, dua jenis biskut nie konfem ada. Kegemaran satu keluarga. Bila buat kena sorok, nanti tak sempat nak buat raya. Hihi. Tak tahu lah bila nak start buat biskut nie. Barang-barang dah beli :)


Terima kasih pada GOOGLE ;)


Kalau yang lain macam langsir tuh rasanya tak tukar lain kot sebabnya langsir tuh baru lagik. Mom buat langsir tuh masa kenduri kahwin Abang Nizam I. Lagipon baru berapa bulan kan? Raya nie tak nak lah membazirkan. Selagi boleh pakai, kita pakai, macam langsir tuh lah. Baju, tudung dan kasut raya kena beli baru. Hakhakhak ;p



Psst!! Dengar khabar pekerja dan pesara kerajaan dapat bonus tahun nie. Ehem ehem abang-abang dan kakak I yang tengah baca entry nie, sediakan duit raya yang banyak sikit ye berbanding tahun-tahun lepas! Sape suh baca entry I. Kan dah kena paksa. Oh Mom dan Abah pulak, jangan lupa Eina nak duit raya jugak tau! Hihi ;p


ps; Makin tua makin banyak duit raya I.. Hihi :)


Bye!



~~nak cakap saya manja? lantaklah!

Salam Buat Semua.


I nie nak cakap manja tak jugak. Tapi I memang merajuk kalau Abah I marah I. Abah marah I sebab dia kata I nie bising menjerit tengking Izzat. Huh I ada lah gaduh-gaduh sikit dengan Izzat. Sampaikan I tengking Izzat macamlah Izzat nie adik I. Teruk giler kot Izzat kena tadi :(
I sangat kejam sekarang ngan Izzat. I tahu I tak sepatutnya tengking marah Izzat macam tuh. Dia kan masih kecik. Dalam otak dia asyik nak bergurau bermain jek. I bukan marah sebab apa, tapi kalau gurauan dia dah melampau sangat, huh I akan mengamuklah! I tak fikir dia tuh sape dah termasuklah Izzat. 

Sorry Izzat, Mak Uda geram giler kat Izzat hari nie. Kalau Izzat tak kacau Mak Uda, mesti Izzat takde nangis-nangis kena tengking ngan Mak Uda. Mak Uda dah lah ngah sakit lutut. Izzat boleh pulak main pijak pijak kaki Mak Uda. Izzat tak paham keadaan sakit Mak Uda nie. Yang Izzat tahu nak bergurau 24jam

Last-last I lari masuk bilik. I on laptop, nak online dan BW. I kunci bilik I. Tak nak bagi Izzat masuk. I tahu Izzat kalau gaduh ngan I mesti tak lama. Pastu datang carik I balik. I malas nak bukak pintu. Sampai Izzat suh abang I pujuk I. Ok fine, I bukak pintu. And seperti biasa, Izzat masuk tuk pujuk. I keluar bilik pegi dapur. Malas nak layan. Kang tetiba angin marah I datang dan I tengking dia lagi tak memasal I kena marah kali kedua :(
So I layan makan coklat nie. Puas hati, sekali sumbat 5,6biji. Hahaha! Nak cakap I manja? Lantaklah!

Bye!


26 August 2010

~~cerita hari ini dalam sejarah tau!

Salam Buat Semua.


Ehem ehem hari nie puasa yang ke-16. Betul tak? Amacam puasa korang penuh lagi tak? I? Jangan tanya. Konfem tak penuh. Ada excuse tak pe kan? Bukan saja-saja tak nak puasa =.=


Maknanya lagi 14hari gitu la lebih kurang kan kita nak sambut raya? Huhu I dah tak sabar dah nak raya. Padehal puasa tak penuh tapi raya nak lebih-lebih pulak. Teeheehee!


Actually I nak cerita sikit pasal hari nie. Korang nak tahu tak? Kalau tak nak tahu I nak kasi tahu jugak. Huhu :P


Bukak puasa hari nie I makan sikit jek. Entah tetiba hilang selera. Tengok ada ikan bakar berlada (eh betul ke nama menu nie), daging bakar huh sungguh sedap ok! Tapi perut macam tak boleh terima lebih-lebih pulak. Takde nak tambah-tambah bukak puasa hari nie. Dah lah hari nie kita perli ngan Mom.


Mom: Ada omputih kat sini.


I: Hmmm..


Kena perli sebab makan guna sudu garpu. I main apa entah tadi sampai jari I luka. Sakit wo. Tapi I macho. Mana nangis! Hekhekhek :P


Hah bila cerita pasal sahur pulak kan, yang peliknya, time sahur pagi tadi selera makan I meluap-luap pulak! Siap tambah nasi lagi. Adoi sudah terbaliklah nafsu makan I nie. Hihi.


Pape pon Alhamdulillah puasa hari terlaksana dengan baik. Syukur. Korang macam mana? Berbuka puasa dengan apa?


Bye!


~~malware detected!

Salam Buat Semua.
Semalam asyik keluar benda nie jek. Kenapa ek? Virus ke? Nak BW pon tak best semalam. Korang masuk page I semalam ok jek kan? Ke tak ok? Komen sikit!


Bye!


~~benarlah kata orang kan.

Salam Buat Semua.

Kata orang;


PERBEZAAN BENCI DAN CINTA SANGAT TIPIS!


Memang benar.


Yang benci itulah akhirnya bertukar menjadi ehem ehem.


Berkasih sayang.


Saling cinta mencintai.


Kan?


Ada jugak yang mulanya sayang menyayang, pastu jadik benci.


Huhu.


Macam-macam kan?


I Hate When I Love You~


Tetibe ter-publish entry nie.


Hihi :D

Bye!


25 August 2010

~~saya kenal sayang saya :)

Salam Buat Semua.


Huhu tajuk tak boleh blah kan? Rasa nak kena penampar laju-laju jek dari korang! Hahaha! Actually I nak letakkan lirik lagu yang sedang bermain dalam blog I nie. Ehem ehem terasa nak nyanyi tak? Jom lah nyanyi sama-sama dengan I k.

Fynn Jamal - 150 Juta


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”

“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya

sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–


saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya
Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta

Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua..


Psst! Jangan dengar kata-kata orang lain pasal pasangan anda. Anda jek yang kenal SAYANG anda macam mana kan? Baik buruk dia, dia tetap pasangan anda. Opss ter-emo kejap =.=

Bye!


~~comelnya budak budak :)

Salam Buat Semua.




Hye semua! Berjumpa lagi kita kan. Syukurlah hari nie dah masuk hari ke-14 kita berpuasa. Huhu cukup ke puasa korang tuh? Jangan ponteng kalau bukan sebab tertentu k? Nanti I sekeh laju-laju nak? Kalau yang pompuan tuh I boleh lah terima alasan uzur ke apa. Yang laki kalau cakap uzur jugak heh tak tahu lah I nyah oi! 








Actually hari nie puasa I ok jek. Banyak habiskan masa melayan Izzat. Hoho betapa manjanya Izzat dengan I sekarang nie. Pape nak guna khidmat I. Semua pasal dia mesti I kena buat. Ye la kata babysitter kan. Tapi setakat hari nie baru 2kali I kena cuci vontot dia. Wuwuwu kena pulak time dia membuang tu Mom I keluar dengan Abah I. OMG! I lah yang kena cuci vontot dia. Kalau tunggu Mom balik alamaknya berkulatlah vontot Izzat tu. Hahaha! Tapi takpe I redha. Sambil sambil tu boleh praktis cuci vontot budak =.=

































Busuk!!! Al maklum lah taik orang tua. Hahaha! I panggil Izzat orang tua. Bukan baby dah kalau dah 3tahun. Memang betul lah taik dia bau macam taik orang tua. Hahaha vengong kejap I nie. Cakap pasal taik pulak kan? Huhu ada I kesah? Lantaklah nak cerita ape pon! *ehem ehem macam slogan kat header I kan*

Ish sorry lah termerepekentahapaapadah. Haha lagi 15/16hari gitu lah kan nak raya. Huhu I dah tak sabar la. I bukan apa. I nak tengok Qaisara pakai baju kurung. Kalau raya tahun lepas Qaisara pakai gaun jek. Tahun nie dah besar sikit kakak I belikan dia baju kurung. Huhu mesti comel. Tengoklah kat bawah nie.



Alololow comelnye  dia pakai baju kurung. Tapi apesal pulak muncung muncung mulut tuh? Huh. Jangan cakap nie Izzat pulak eh. Qaisara memang botak tak lebat rambut. Huhu takpe lah sayang takde rambut pon. Janji time senyum bisa mencairkan hati Mak Uda nie hah!

Oh rindunya kat Qaisara dan kakak I yang nie. Ye la I ada sorang jek kakak. Pastu yang lain-lain semua lelaki. Kakak I gemok. I kurus. Eh tetiba! Hahaha mampos kalau kakak I baca blog I nie. Ampun Kak Ja! Huhu. Duit raya kasi up ek tahun nie! Maklum la Eina kan 12tahun 21tahun. Takkan nak bagi seketul jek kot. Bagilah berketul-ketul yek! Jasa baik Kak Ja sangat dihargai >.<


Bye!



design with love by Dak Eina