kite kawan

11 August 2010

~~permulaan puasa yang baik.

Salam Buat Semua.
Ok dah selesai puasa hari nie. Syukurlah takde pape yang terjadi contoh; sakit perut, pening kepala dan dll. Seperti biasa kalau duk umah nie lepas solat Subuh, I akan sambung balik tidur. Hihi kalau kat umah sewa or hostel tak boleh tidur balik dah kang terlepas pulak kelas. 

So hari I sambung tidur. Best tidur lepas Subuh. Hihi Abah dan Mom pon tidur jugak. Sedang syok tidur, tambah pulak sejuk pagi-pagi nie best ar tarik selimut nak tutup kaki, sekali tarik macam tersekat-sekat pastu bunyi macam budak nangis-nangis terus I bukak mata tengok-tengok Izzat ngah peluk I. Aik macam mana boleh tak perasan dia masuk bilik I nie?

Pastu I buatkan dia susu suh dia tidur balik sebab I pon dah mengantuk dan tak larat nak layan dia. Padehal pagi lagi tuh dah cakap tak larat! Hahahaha! So dalam 10minit kemudian jugak lah baru dia tidur balik. Bayangkan pukul 7.30pagi dia dah bangun. Last-last dia tidur balik dan bangun pukul 10pagi. Tu Mom yang cakap. Seperti hari-hari yang sebelumnya jugak, Izzat akan bangun awal dari I. Teehheehee!

Time bukak puasa, kitorang makan kat dapur je. Izzat pon join sama. Menu berbuka hari nie menu faveret I, ayam percik. Lain-lain menu, kerabu timun. Oh sangat sedap. Makan siap tambah tambah lagi tau. Licin periuk nasi hari nie. 

Sekarang orang lain duk terawih, I update blog sorang-sorang, Izzat pon ikut Daddy dia pegi terawih. Kecik-kecik pandai nak ngikut g masjid. Ok lah tuh. I jek duk umah. Kalau I tahu Izzat nak ikut jugak pegi terawih malam nie, I siap-siap awal nak pegi terawih jugak. Esok, I nak pegi terawih lah. Ye lah setahun selagi je kan.

ps; terasa rugi sangat nie :(

Bye!



design with love by Dak Eina