Salam Buat Semua.
[scheduled post]
Time entry nie di-publish, I takde depan laptop sebab kena keluar dari rumah. Bangun jek tido pagi tadi tengok ada notis tepi laptop nie. Ingatkan notis ape. Tengok-tengok notis pemberitahuan semburan kabus atau fogging. Alah benda sembur-sembur tuk hapuskan nyamuk aedes tu lah. Dulu I pernah cerita pasal nie. Klik [ini] dan [ini] untuk ke entry tu.
Rasanya baru minggu lepas diorang datang sembur. Hari nie kena sembur lagi. Dengar khabar satu family kat area umah I nie kena demam denggi sampai kena tahan kat wad. Teruklah kes tuh kalau kena tahan kat wad tu.
Alhamdulillah family I takde yang terkena demam denggi nie.
Nie notis;
Antara persiapan penghuni kediaman SEBELUM semburan kabus dijalankan.
1. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk.
2. Tutup/tudung semua jenis makanan dan minuman.
3. Pindahkan haiwan peliharaan seperti kucing, burung, ayam dan sebagainya.
4. Tutup semua tingkap dan buka semua pintu bilik.
5. Simpan barang berharga di tempat yang selamat.
6. Bayi, ibu dalam pantang dan orang kurang upaya hendaklah dipindahkan ke tempat yang tidak terlibat dengan aktiviti semburan kabus.
Manakala nie tindakan penghuni kediaman SELEPAS semburan kabus dijalankan.
1. Pintu dan tingkap hanya boleh dibuka selepas 3o minit semburan dijalankan.
2. Awasi keadaan lantai kediaman yang berkemungkinan permukaannya menjadi licin.
3. Basuh peralatan makanan yang terdedah kepada semburan kabus.
4. Awasi kediaman supaya tidak dicerobohi oleh mana-mana yang tidak dikenali.
5. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi pejabat kesihatan daerah yang berhampiran dengan anda.
Terima kasih pada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.
Korang pon berhati-hati lah ye. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes nie sebab penyakit nie sangat berbahaya dan boleh membawa MAUT.
Akhir sekali, TIADA AEDES TIADA DENGGI!
Bye!
4 orang mendoakan Dak Eina kurus =):
teringat den 'dikata' kena denggi walau baru 2 hari demam.. ceyh!!
dni kalu ado oghe nok sembur goni dni g derak jauh2.. hehe pening bau asap tu
@amira
hihi biasa lah tu amira...kalo demam sket jek kena syak demam denggi lah..H1N1 lah...
@ardinihumaira
argh!! tau dok dni..td eina terperangkap dlm asap tuh. mjur lah xjatuh pengsan...hahaha
Post a Comment