kite kawan

27 August 2010

~~nak cakap saya manja? lantaklah!

Salam Buat Semua.


I nie nak cakap manja tak jugak. Tapi I memang merajuk kalau Abah I marah I. Abah marah I sebab dia kata I nie bising menjerit tengking Izzat. Huh I ada lah gaduh-gaduh sikit dengan Izzat. Sampaikan I tengking Izzat macamlah Izzat nie adik I. Teruk giler kot Izzat kena tadi :(
I sangat kejam sekarang ngan Izzat. I tahu I tak sepatutnya tengking marah Izzat macam tuh. Dia kan masih kecik. Dalam otak dia asyik nak bergurau bermain jek. I bukan marah sebab apa, tapi kalau gurauan dia dah melampau sangat, huh I akan mengamuklah! I tak fikir dia tuh sape dah termasuklah Izzat. 

Sorry Izzat, Mak Uda geram giler kat Izzat hari nie. Kalau Izzat tak kacau Mak Uda, mesti Izzat takde nangis-nangis kena tengking ngan Mak Uda. Mak Uda dah lah ngah sakit lutut. Izzat boleh pulak main pijak pijak kaki Mak Uda. Izzat tak paham keadaan sakit Mak Uda nie. Yang Izzat tahu nak bergurau 24jam

Last-last I lari masuk bilik. I on laptop, nak online dan BW. I kunci bilik I. Tak nak bagi Izzat masuk. I tahu Izzat kalau gaduh ngan I mesti tak lama. Pastu datang carik I balik. I malas nak bukak pintu. Sampai Izzat suh abang I pujuk I. Ok fine, I bukak pintu. And seperti biasa, Izzat masuk tuk pujuk. I keluar bilik pegi dapur. Malas nak layan. Kang tetiba angin marah I datang dan I tengking dia lagi tak memasal I kena marah kali kedua :(
So I layan makan coklat nie. Puas hati, sekali sumbat 5,6biji. Hahaha! Nak cakap I manja? Lantaklah!

Bye!



design with love by Dak Eina