kite kawan

31 July 2010

~~cerita shopping saya.. kan dah tak sakit lutut nie ;)

Salam Buat Semua.

[scheduled post]

Entry semalam I merungut sakit lutut kan? Hari nie dah ok sikit. Nak tau apa ubat dia? Baca kat entry nie ok. Hihi gedik! Saje je kan. Tapi memang betol. Lutut I sakit teruk. Masa pegi shopping malam tadi pon sakit jugak. Turun dari kete jek lah sakit. Bila dah masuk supermarket tuh dan start shopping mana de dah sakit-sakit nie semua. Bagus bukan? Nie yang-rasa-nak-buat-camtu-jek-tiap-kali-sakit-or-demam! Hahaha! Mau tak kena lempang kalau mengada macam tuh tiap kali sakit? Oh abaikan.

Malam tadi I pegi shopping kat Billion jek. Sape-sape duk Kelantan tau lah ye. Hihi Billion nie dekat je ngan umah I. 5minit pon dah sampai. Bukan I yang nak sangat pegi shopping nie. Tapi adik I, malam nie dia dah nak balik UM, so nak beli lah pape yang patot. So I join lah sekaki. Hihi. 

Adik yang nak shopping tapi I yang lebih-lebih. Biasalah bukan selalu I keluar shopping dengan family nie. Kalau keluar ngan kawan mesti kena pandai bajet duit. Dengan family ambik lah nak ape p0n! Duit pon bukan duit sendirian berhad kan so shopping lah puas-puas! Kahkahkah! Tapi takde lah sampai 1 supermarket tuh nak borong. Tu melampau lah. Ikutlah nak makan apa, ambik jek. Best kan.
I tak lebih-lebih pon cuma pau 2 paket biskut Oreo, saje je ambik dua sebab sekarang dapat free bekas biskut Oreo yang sebesar tapak tangan. Bekas tuh dah jadik milik Izzat. Bijak si Izzat nie, I bukak plastik bekas tuh, dia ambik dan isikan coklat yang dia beli. Tapi kedekut, mintak satu coklat tak bagi. Sekeh laju-laju baru tau Izzat nie. Hihi pastu I ambik lip balm. Kata shopping, haruslah ada jugak part tuh. Bukan beli makanan jek! ;p
Eh eh I jumpa maskot Oreo tau tak. I ambik gambar jek dengan maskot tuh. Tak sempat nak salam cium tangan semua. Hahaha! Lagipon bukan muhrim. Eh mana I tahu yang orang kat dalam tuh lelaki? I teka je lah. Hihi. Tapi tak tahu lah kalau pompuan ;)
Time nie dah siap bayar dah. Tunggu Mom pegi amek hadiah percuma bekas biskut Oreo tuh dan I kena pegi simpan troli. Abg ngan adik I jaga barang. Sekali terpandang maskot Oreo nie datang, kitorang ape lagi pegi lah terkam kat maskot tu. Mujurlah Izzat tak nangis. Ada budak kecik 2 orang nangis bila tengok maskot Oreo nie. Diorang takut kot. Ye lah tetiba raksasa maskot nie muncul belakang diorang. Huhu I pon takut jugak tapi buat-buat muka cool. Aih takkan nak tengok I nangis jugak kot? ;p Actually, I ngan Izzat yang mula-mula bergambar ngan maskot nie. Berani kan I? Tengok muka I. Muka berani tuuuuuuu ;)

Ok lah time entry nie di-publish, I sekarang kat Rantau Panjang  tak pon Pengkalan Kubor. Kitorang nak shopping. Dua-dua tempat nie best. Sapa-sapa pernah datang tempat nie tahu lah. Terima kasih pada GOOGLE.
  *rantau panjang*
*pengkalan kubor*

Tapi I lebih suka pegi Rantau Panjang! Huhu ;)

Bye!



30 July 2010

~~lutut kena skru.. tak nak!

Salam Buat Semua.

2,3hari dah I sakit lutut tau :(
Sangat teruk tau tak!

Nak solat pon sakit, kena rukuk dan sujud perlahan-lahan.

Ish berlari lagi lah sakit.

Kalau pegi check kat hospital nie mau kena skru lutut ni.

Rasa macam dah longgar sikit.

Hahahaha!

Eh! I tau dah kenapa lutut I nie sakit je 2,3hari nie.

Perlu pegi shopping k0t! 
 Huhu ;p

I nie kalau pegi shopping, demam pon boleh hilang!

Aneh bukan?

Takpe, esok I nak ajak family pegi shopping lah.

Sure sembuh sakit lutut I nie kna?

Kuikuikui.

Ayuh sama-sama berdoa agar lutut I kembali ok.

I tak suka tau sakit nie.

Nak main kejar-kejar dengan encik buah hati Izzat pon tak best!

I dah makin lasak dan tegas sekarang dengan Izzat.

Maklumlah Izzat tuh makin membesar, nakal pulak tuh.

Haih tapi I sayang ketat-ketat Izzat ;)

Ok lah, I nak pegi tidur, esok Mom dan Abah I nak pegi pasar.

Awal-awal pagi kena bangun jaga Izzat.

Izzat selalu jek bangun awal dari I.

Sangat memalukan ;p

Selamat malam dan seterusnya selamat pagi semua. Tidur lena dan mimpi indah-indah tau! Jangan lupa baca doa tidur ye! <3 

Bye!


~~bercerita mengenai denggi lagi!

Salam Buat Semua.
 
Sambungan dari entry nie, mak aih dasyat benor dah denggi sekarang. 

Hari nie, area umah I dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Klinik Kesihatan Kota Bharu. Diorang datang untuk ambil sikit maklumat setiap umah. Diorang tanya alamat umah, bilangan / nama / umur ahli dalam umah.

Setakat petang tadi, dah bertambah bilangan orang yang demam. Semalam 2orang jek. Hari nie dalam 5-7orang lah. Jiran sebelah umah pon ada yang demam.

Kena semakin berhati-hati lah sekarang nie.

Abah I pon dah tak larang kami duk kat luar umah time senja. Time camtu lah nyamuk Aedes mencari mangsa.

So korang pon janganlah keluar berkeliaran kat luar umah time senja tuh. Nyamuk Aedes ini suka mengigit manusia pada awal pagi dan senja tau.
Sila lah ambil perhatian semua, demam denggi nie sangat berbahaya dan boleh membawa MAUT.

Kalau korang atau keluarga menunjukkan tanda-tanda penyakit DEMAM DENGGI, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran. Kita jugak perlu hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes nie.
Terima kasih pada GOOGLE.
TIADA AEDES TIADA DENGGI.

=)

Bye!


29 July 2010

~~denggi oh denggi. berhati-hatilah dengan nyamuk!

Salam Buat Semua.

Petang tadi, orang kesihatan negeri datang kat area umah I. Diorang buat semburan  kabus (fogging) di mana kat area umah I nie, ada 2 orang demam. Demam denggi kot. I pon tak tahu. Kalau nak tahu demam denggi nie merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Tanda-tanda demam denggi seperti berikut;
  • Demam kuat mengejut & berterusan
  • Bintik-bintik merah
  • Sakit teruk otot, tulang, sendi, biji mata & kepala
  • Berdarah badan, hidung & mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
Eh gerun pulak kalau dengar pasal demam denggi nih. So, untuk langkah-langkah pencegahan ini, pihak kesihatan negeri datang lah tuk penyemburan kabus (fogging).

Diorang datang dalam pukul6 petang. Mujurlah I dah bangun tidur. Kalau tak, mesti I mengamuk sebab bunyi bising. Kalah budak kecik dengan perangai I nie tau. Hahahaha!

Jom layan gambar. Sempat jugak I lari-lari manja pegi ambik encik henfon sebab nak snap muka orang penyembur [?] tuh. Tup tup pakcik. Ingatkan abang kacak! Kuikuikui. Lempang laju-laju I sekarang. Makin tua, makin gatal! ;p
Pakcik tuh datang belah kanan. Time nie I dah siap sedia tutup hidung. I tahu semburan nie bau busuk! Busuk sangat tau!
Dah kena sembur dah. Arghhh busuk! Busuk!
Nie kete umah jiran I. Bawak keluar baby. Ye lah baby baru 4,5hari macam tuh. Pakcik tuh naik sembur sampai dalam umah dia. Tapi umah I pakcik tu tak boleh naik. I kunci pintu. Hihi ;p
Tengok lah. Dia dah datang umah I. Semua gambar-gambar nie I ambik dari dalam umah. Kalau duk kat luar konfem I pengsan. Bau tuh ya ampun! Busuk!!!!!!!!!! 
Ambik kau! Sekali depan mata tengok dia sembur. Asap dia ada lah jugak masuk celah-celah tingkap. Hidu lah bau tuh puas-puas nak sangat ambik gambar kan? Hahahaha!
5minit kemudian, keadaan persekitaran umah I seperti biasa. 

Kelihatan makcik-makcik area umah I keluar untuk bergosip. Huhu termasuk Mom I. I pon join sekali. Alahai denggi punya pasal, I tak keluar umah tahu tak. Umah jiran I terbukak luas jek pintu, tingkap ape semua. Umah I tutup kemas macam takde orang. Hahahaha!

Sapa-sapa yang rasa dia ada tanda-tanda seperti kat atas tu, cepat-cepat pegi jumpa doktor ok? Pastu janganlah biarkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes nie berleluasa. Alah dalam tv pon dah tunjuk kan? Sila ambil perhatian ye. Renung-renungkan, selamat beramal ;p

Eh eh I dengan Izzat sihat-sihat sahaja! Peace ;)
 Bye!


28 July 2010

~~nekad.. saya mahu carik boyfriend pemain bola sepak!

Salam Buat Semua.

Penat, letih dan nak tidur tak nak bangun 2hari rasanya. Hahahaha! Melampau lah tuh kan I nie. Hihi. Actually takde lah penat sangat, cuma mengantuk giler nie. Bayangkan I dah start menguap pukul10 lagi. Tapi I tahan mata I sebab nak sediakan entry malam nie. Alahai sejak bila pulak I boleh mengantuk pada jam seawal pukul10 tuh? Biasanya I akan menguap pukul 3,4pagi tau! ;p

Tadi I ada pegi ikut sama abang I main futsal. I tak main lah! I pegi jaga Izzat jek. Buat hal pulak malam nie nak ikut daddy dia. So, I sebagai Mak Uda yang mithali pegi lah ikut sama. Hihi. I dah agak dah takde pompuan kat tempat futsal tuh melainkan team pompuan yang main. Ok, sebab I nie sorang yang pemalu, I ambik fon pastu post status kat fesbuk.
Sakit hati! Ada ke patut kawan I yang sorang nie cakap I teman bf I main futsal. Adeh! Tambi!! Mana ada. Bf I bukan sorang kaki bola ye kawan-kawan ;p

Eh eh lupa lak nak translate. Biasa lah fesbuk ramai budak Kelantan. Kalau I tahu dia orang Kelantan, I speak bahasa Jerman lah! Hahahaha! Nie meh I bagi korang paham.

brigat: kantoi

teme: teman

gwe: pakwe/makwe

Yang lain korang paham kot! Kalau tak paham tanya I ok?

Berbalik pada cerita, I takde lah first time pegi tempat futsal nie. Dah 2,3kali jugak lah. Tapi I tak pernah main pon futsal. Tengok kawan jek! Ada lah sekali tuh kawan I ajak main futsal, rasa nak jugak try main. Mana lah tahu boleh buat hobi baru kan? Tup tup hari tu kelas pagi sampai petang, letih balik kelas terus tidur, kawan kejut ajak main, I bagi alasan letih, pening bagai. Padahal I mengantuk, tak nak bangun. I kalau dah tidur, memang susah nak bangun ok. Hahahaha!

Lagipon I kan pompuan, tak minat sangat dengan bola. Tengok bola kejap pon I boleh menguap. I dah tahu dah kenapa I menguap awal tadi. Sebab tengok bola kot. I tak boleh layan satu game penuh bola nie, mesti mengantuk jugak last-last. Hahahaha! Bagi I tengok bola sepak nie macam ubat tidur lah. Buat mata I layu jek! Huhu. Tapi kalau lah encik buah hati main bola sepak, mesti I tak mengantuk! Kikiki. Dasar gedik :)

Sorry lah takde gambar, malu lah nak ambik gambar tadi. Ye lah, depan, belakang, kiri kanan semua lelaki. I sorang je pompuan. Malu weyh! ;p
Ok lah, I dah pakai bedak sejuk. Bukan nak tidur tapi I nak pegi sambung BW lah. BW petang tadi sangat best! Huhu. Selamat malam semua!

Bye!


27 July 2010

~~janjimu janjiku untukmu.


Salam Buat Semua.

Alahai pagi-pagi nie boleh pulak I feeling heh. Hahaha! Tu lah sapa suh buat I teringat kat U. Kan dah ter'create' entry untuk U sayang. Haih. Sapa 'U' tu ek? Kekasih hati I lah sapa lagik. Hihi. Rindu U sangat-sangat lah encik dot com dot my. Bila lah boleh jumpa U lagi kan? I tahu U pon rindu I jugak. Teeheeee. Eh eh U tak rindu I heh? Ok takpe. Tak kesah pon. Tapi tiap kali U sms I, U mesti cakap "Miss u".... Hahaha! Sudah! Mengaku jek la sayang! ;) 

Hoi! Apasal dengan I nie?????? Buang tebiat kot! Jiwang giler barbi nie weyh! Huhu. Tapi kalau korang baca ayat kat bawah nie korang rasa jiwang tak???? Hahahahaha!

Mungkin benar tatkala kita kehilangan, barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka, barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam, barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita. Bila kita kehilangan seseorang dalam hidup kita, saat itu baru kita sedar yang kita amat memerlukan dia. 

I nak jiwang sikit! 
I miss U so much la bucuk!
 Sebelum I masuk tidur, I nak kekasih hati I baca nie. I tahu dia bukak dan baca blog I nie cuma tak tinggal jejak jek.

Sayang aku ingin berbicara kepadamu,
Tentang apa yang tengah aku rasakan,
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya,
Ku kan dengarkan duhai cintaku.

Kahkahkah! Lirik lagu je pon!

ps; Abg, ILYSM, IMYSM... ;)

Bye!


 

26 July 2010

~~tahun nie baju raya korang kaler ape eh?

Salam Buat Semua.

Tak lama lagi dah nak puasa. 

Mesti lah sibuk dengan persiapan raya pulak kan?

Semalam I dah sibuk membeli kain untuk Raya Haji.

Hahaha puasa pon tak masuk lagi.

Raya Puasa pulak lagiiiiii lah.

Nie I dah beli kain tuk buat baju kurung time Raya Haji dah.

Huhu cepat, pantas betul I nie.

Eh eh korang dah beli ke baju raya tahun nie?
I dah lama dah beli kain tuk raya puasa.

Kain pon dah pegi hantar dekat tukang jahit.

I tempah jahit je, tak boleh beli baju yang dah siap.

Saiz I susah lah nak carik.

Hihihi.

Tahun nie baju raya I seperti biasa, 3 pasang.

Tiga-tiga baju tuh kaler faveret I.

Cuba teka kaler ape? ;p
I tak pilih pon kain-kain tuh.

2 pasang mom beli pastu balik umah tunjuk dekat I.

Semuanya berkenan di hati I.

Satu lagi kakak I bagi.

I tak kesah pon jenis macam mana, janji ada baju raya baru.

Kihkihkih!

Tapi baju tuk Raya Haji nie, I ada peluang tuk pilih kain apa yang I suka.

I beli 2 pasang je tuk Raya Haji nie.

Biasa satu je, sebab I ikut pegi sama, I pilih 2 pasang.

Sebab tuh Mom tak suka bawak I kalau pilih kain nak buat baju kurung.

I mesti nak lebih-lebih ;p

Huhu suka-suka!

I dapat pilih kain sendiri!

Tahun nie takde plan nak sama dengan kekasih hati.

Tak macam tahun lepas! 

Huhu.

Bye!



24 July 2010

~~nota untuk anda yang ingin mengubah hidup.

Salam Buat Semua.

Hai! Rindu I tak? Busy lah sekarang nie. Alah kalah menteri taw I sekarang. Hahaha. Tak sempat nak main tenet dah. Actually hari tu I ada dapat satu nota. Tapi tak tahu lah boleh percaya ke tak. Huhu tengok sendiri kat bawah nie. Sorry lah tak jelas ;p Klik untuk pembesaran!
Nie kerja part time je. Sapa-sapa nak kerja part time boleh apply. Hahaha! Berpeluang menjana pendapatan lumayan, pastu gaji dibayar setiap hari terus ke akaun anda! Boleh percaya ke nie? I tak percaya lah benda-benda nie semua. Maaf yek!

Bye!


23 July 2010

~~saya betul-betul menyesal!

Salam Buat Semua.

Entry lepas I cerita pasal I merajuk dengan Izzat. Haih teruknya I.. Mak Uda apa lah dengan anak sedara sendiri pon merajuk kan? I tahu I tak patut merajuk dengan perbuatan Izzat tuh. Entry nie I menyesal sangat dengan tindakan I. Punya lah kejam I nie, I tak layan dia sampai lah masa dia nak masuk tidur. Kesian kan dia? Dia bukan main lagi pujuk I. Suh I makan nasi. I buat tak tahu jek. I makan nasi pon bila dia dah masuk tidur. Eh apa dah jadi dengan I nie?? Kenapa buat Izzat macam tuh! Hurm I menyesal sangat...
Izzat, maafkan Mak Uda tau! Mak Uda sayang Izzat sangat-sangat! Tak sanggup dah tengok Izzat pujuk-pujuk Mak Uda bagai nie. Mak Uda nak kawan dengan Izzat lagi ;p

Terhasil lah entry nie bila mata tak boleh nak lelap. I memang menyesal. Tu lah menyesal kemudian tak guna kan? Alahai~

Bye!


22 July 2010

~~hati saya betul-betul tersentuh malam nie.. :(


Salam Buat Semua. 

I tengah merajuk dengan anak sedara I yang ensem tuh. Sape lagi kalau tak Izzat. I rasa kecik hati sangat dengan dia. I baru ON laptop, connect tenet pe semua nak layan blog, facebook. Punya lah nakal budak nie, dia mai dekat I pastu tekan OFF. Terus laptop I nie mati. Mana I tak mengamuk. Kononnya nak bergurau dengan I lah tuh. Huh. Banyak kali dah dia buat macam nie kat I, tapi hari nie I memang takde mood nak bergurau ke apa. Korang mesti cakap I nie melampau kan sebab dengan budak pon I boleh merajuk.

Ye sekarang I memang merajuk pon dengan Izzat. I dah angkut laptop I masuk dalam bilik. Nak lari dari Izzat tu. Macam-macam cara dia pujuk I. Last-last I nangis. I cakap "Malas kawan ngan Izzat". Izzat pon cakap "Ala Mak Uda". I kejam sikit malam nie. I marah sangat  kat dia, so I suh dia keluar bilik. Dia terus keluar bilik buat muka sedih. Merajuk lah tuh. Padan muka dia! Mom pon cakap "Hah kena marah ngan Mak Uda lah tuh. Mai kat Tok Ma. Tok Ma sayang cucu Tok Ma nie". Tu yang I dengarlah.

Izzat nie kalau nak tahu, kalau dia merajuk, tak lama. Kejap je pastu masuk balik dalam bilik I. Dia try lagi pujuk I. Kali nie lain sikit. Dia tahu kot I merajuk. Dia angkat semua teddy bear I letak atas katil, petang tadi dia sepahkan teddy bear kat lantai nie. Dia cakap "Izzat simpan bear Mak Uda! Hihi". I buat tak tahu je. Tahu pon nak ambik hati I. Pastu dia datang dekat I bagi Surah Yasin. Mana dia jumpa entah lah. Haruslah I terharu. Tersentuh kejap hati keras I nie. Terus jek I jadi lembut hati ;p

Tapi I tak terus mengalah dengan Izzat ok. Dia keluar bilik pegi mana entah. Pastu datang balik ajak I keluar makan. Abah I dah balik dari beli nasi. Seperti biasa lah kalau malam Jumaat, Mom tak masak. So makan nasi bungkus jek tambah-tambah malam nie ada pasar malam. Ok berbalik pada cerita, Izzat ajak I keluar makan. Izzat nie kalau makan ramai-ramai dia suka lah. I pon bangun dari kerusi konon-konon nak pegi makan ah. Tapi I bukan jenis orang cepat mengalah ok. I keluar bilik dan pegi mandi. Hah rasakan. Sapa suruh buat orang tua nie merajuk. Kan dah berlarutan. Hahaha!

Ok la, I dah lapar. Konon merajuk dengan Izzat jek. Sekali ngan family I merajuk. Haih dasar budak manja betul lah I nie. I nak pegi makan dulu. Cerita best takde sekarang! Kesedihan semalam masih tak hilang-hilang lagi :(

Bye!


~~tembamnya. suka kah??

Salam Buat Semua.

 Kalo korang tengok gambar-gambar kat atas nie kan. Korang rasa pipi I betul-betul tembam ke I buat-buat nampak tembam? 

Haa sila jawab! Hahaha! Ok lah, I nak pergi bergayut ngan tut. Free kan..... Hihi ;p

Bye!


~~Lagenda Budak Setan dalam drama siri pulak??


Salam Buat Semua.

Dulu novel.
 Pastu jadi filem.
Drama siri pulak??
Tak lama lagi keluar yang drama siri pulak. Bila start tu tak tahu lah. Akan datang laa. I tak pasti lah pelakon filem tu dikekalkan atau tak dalam drama siri nie. Ish pape pon tak kisah lah. Macam tak sabar pulak nak tengok. I dah lah tak pernah pon baca novel tu, pastu tak tengok pon filem dia. Ye la, Kelantan mana ada panggung wayang kan. Sedis-sedis. Takpe, I tengok yang drama bersiri je lah eh. Akan ditayangkan kat Astro Prima. So jangan lupa ikuti drama bersiri Lagenda Budak Setan nie ye. Hihi sekian mengisi-kesedihan-sebab-hal-nie-tak-boleh-buat-I-senyum-ceria-lagi. Argh!!!!!!!! Sekian.

Bye!


21 July 2010

~~kesedihan tak boleh nak sembunyi lagi! :(


Salam Buat Semua.

I betul-betul takde mood. Semua orang I nak marah. Ada je tak kena. Mujurlah ada yang memahami. Lega lah sikit hati nie. Hari nie keputusan rayuan U tu keluar. Tadi kawan I ada sms I dah cek ke belum rayuan tuh. I memang tak tahu yang keputusan tuh keluar hari ni. So I pon apa lagi, kelam kabut ah sikit nak ON laptop connect tenet pe semua. Bila dah dapat cek, keputusan yang I harapkan ialah TAHNIAH! Tapi I tak dapat tengok TAHNIAH! I dapat tengok keputusan dukacita :(

I terus ambik fon, dail nombor kawan tuh. I ngan dia tak dapat. Sedih sangat. I nak menangis pon tak guna. Budak kelas I ramai jugak yang dapat rayuan nie. Yang bestnya diorang dapat tempat sama. Semua dapat UTHM. Kos pon sama. Sape tak sedih.... Alahai UTHM tu, I teringin sangat nak belajar kat sana. Tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki I kan kali nie.

TAKPE LA. NANTI APPLY LAIN.
Hurm ayat tuh je duk dengar sekarang nie. Sedihnya.... nak pinjam bahu korang boleh tak? :'(
Bye!
 

20 July 2010

~~hadiah hari jadi yang terbaek k0t!


Salam Buat Semua.

Hadiah nie I dapat sebelum birthday I lagi tau! Huhu hari tu I ada cakap pergi bercuti tu kan? Actually I pergi ke Ipoh, pergi hantar kak ipar I a.k.a Mummy si Izzat. Dia sambung study kat Ipoh tu tuk 6bulan. Sebab tu lah I kena jaga Izzat. Lagipon I duk umah je sekarang nie, tak kerja lagi kan? Tak salah kalau masa I nie diisi dengan aktiviti berfaedah. I boleh jaga dia, dia boleh jaga I. Hahahaha!

Yang sebenar-benarnya nak pergi Ipoh je. Tapi bila dapat tahu Ipoh nak pergi Cameron Highland 30minit je, so kitorang (Abang I, Kak ipar, Izzat, Mom dan I) tak nak lepaskan peluang pergi sana pada hari Rabu. Lagipon kak ipar I dan Mom teringin sangat nak pergi Cameron Highland tu. I pon teringin jugak! Haha tercapailah hasrat kitorang anak beranak.


Meh I nak tunjuk gambar-gambar sikit. Tak banyak. Nie masa kat Tea Shop. Banyak tempat jugak kitorang singgah beli bunga, sayur, strawberi, teh tu semua. Tapi dua tempat je I sempat ambil gambar. Tempat lain I sibuk pegang barang. Teruk I kena dera bawak sayur. Dah lah berat :( 

Pssstt apa hadiah hari jadi I agak-agak korang eh? Jawab jangan tak jawab! Kahkahkah!
 
Indahnya pemandangan kat sini.
Akhirnya sampai jugak kat Cameron Highland nie.
Nie lah Izzat I.
Izzat lagik, I ngan Izzat memang suka ambil gambar. Hihi ;)
Nie lah kak ipar I, Mom dan Ultraman Izzat.
Ehem ehem macam kenal je kan gambar nie. Teeheehee!
Nanti I update gambar kat Strawberry Corner pulak eh. Eh eh I baru perasan dah pukul 2pagi la. I kena tidur dulu. Esok konfem Izzat yang kejut I. Bagus kan Izzat. Hihi dah tu Mak Uda dia teruk kot, selalu jek Izzat bangun dulu dari Mak Uda dia. Huhu. Selamat malam dan Selamat pagi semua. 

Ps; Pergi CH lah hadiah hari jadi I tuh. Kih kih kih ;p

Bye!



design with love by Dak Eina