kite kawan

31 July 2010

~~cerita shopping saya.. kan dah tak sakit lutut nie ;)

Salam Buat Semua.

[scheduled post]

Entry semalam I merungut sakit lutut kan? Hari nie dah ok sikit. Nak tau apa ubat dia? Baca kat entry nie ok. Hihi gedik! Saje je kan. Tapi memang betol. Lutut I sakit teruk. Masa pegi shopping malam tadi pon sakit jugak. Turun dari kete jek lah sakit. Bila dah masuk supermarket tuh dan start shopping mana de dah sakit-sakit nie semua. Bagus bukan? Nie yang-rasa-nak-buat-camtu-jek-tiap-kali-sakit-or-demam! Hahaha! Mau tak kena lempang kalau mengada macam tuh tiap kali sakit? Oh abaikan.

Malam tadi I pegi shopping kat Billion jek. Sape-sape duk Kelantan tau lah ye. Hihi Billion nie dekat je ngan umah I. 5minit pon dah sampai. Bukan I yang nak sangat pegi shopping nie. Tapi adik I, malam nie dia dah nak balik UM, so nak beli lah pape yang patot. So I join lah sekaki. Hihi. 

Adik yang nak shopping tapi I yang lebih-lebih. Biasalah bukan selalu I keluar shopping dengan family nie. Kalau keluar ngan kawan mesti kena pandai bajet duit. Dengan family ambik lah nak ape p0n! Duit pon bukan duit sendirian berhad kan so shopping lah puas-puas! Kahkahkah! Tapi takde lah sampai 1 supermarket tuh nak borong. Tu melampau lah. Ikutlah nak makan apa, ambik jek. Best kan.
I tak lebih-lebih pon cuma pau 2 paket biskut Oreo, saje je ambik dua sebab sekarang dapat free bekas biskut Oreo yang sebesar tapak tangan. Bekas tuh dah jadik milik Izzat. Bijak si Izzat nie, I bukak plastik bekas tuh, dia ambik dan isikan coklat yang dia beli. Tapi kedekut, mintak satu coklat tak bagi. Sekeh laju-laju baru tau Izzat nie. Hihi pastu I ambik lip balm. Kata shopping, haruslah ada jugak part tuh. Bukan beli makanan jek! ;p
Eh eh I jumpa maskot Oreo tau tak. I ambik gambar jek dengan maskot tuh. Tak sempat nak salam cium tangan semua. Hahaha! Lagipon bukan muhrim. Eh mana I tahu yang orang kat dalam tuh lelaki? I teka je lah. Hihi. Tapi tak tahu lah kalau pompuan ;)
Time nie dah siap bayar dah. Tunggu Mom pegi amek hadiah percuma bekas biskut Oreo tuh dan I kena pegi simpan troli. Abg ngan adik I jaga barang. Sekali terpandang maskot Oreo nie datang, kitorang ape lagi pegi lah terkam kat maskot tu. Mujurlah Izzat tak nangis. Ada budak kecik 2 orang nangis bila tengok maskot Oreo nie. Diorang takut kot. Ye lah tetiba raksasa maskot nie muncul belakang diorang. Huhu I pon takut jugak tapi buat-buat muka cool. Aih takkan nak tengok I nangis jugak kot? ;p Actually, I ngan Izzat yang mula-mula bergambar ngan maskot nie. Berani kan I? Tengok muka I. Muka berani tuuuuuuu ;)

Ok lah time entry nie di-publish, I sekarang kat Rantau Panjang  tak pon Pengkalan Kubor. Kitorang nak shopping. Dua-dua tempat nie best. Sapa-sapa pernah datang tempat nie tahu lah. Terima kasih pada GOOGLE.
  *rantau panjang*
*pengkalan kubor*

Tapi I lebih suka pegi Rantau Panjang! Huhu ;)

Bye!



2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

ardinihumaira said...

rantau panjang best.. tapi skang dah mahal kan.. dulu murah2 je.. cekik darah aaa... hari tu dni g sana beli brooch kan.. ingatkan dah murah. g pasar malam rupanya lagi murah. adeihhh sies eina. rasa geram lak dni

dak eina (◕‿◕) said...

@ardinihumaira

kena pandai tawar harga lah dni...huhu


design with love by Dak Eina