kite kawan

29 July 2010

~~denggi oh denggi. berhati-hatilah dengan nyamuk!

Salam Buat Semua.

Petang tadi, orang kesihatan negeri datang kat area umah I. Diorang buat semburan  kabus (fogging) di mana kat area umah I nie, ada 2 orang demam. Demam denggi kot. I pon tak tahu. Kalau nak tahu demam denggi nie merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Tanda-tanda demam denggi seperti berikut;
  • Demam kuat mengejut & berterusan
  • Bintik-bintik merah
  • Sakit teruk otot, tulang, sendi, biji mata & kepala
  • Berdarah badan, hidung & mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
Eh gerun pulak kalau dengar pasal demam denggi nih. So, untuk langkah-langkah pencegahan ini, pihak kesihatan negeri datang lah tuk penyemburan kabus (fogging).

Diorang datang dalam pukul6 petang. Mujurlah I dah bangun tidur. Kalau tak, mesti I mengamuk sebab bunyi bising. Kalah budak kecik dengan perangai I nie tau. Hahahaha!

Jom layan gambar. Sempat jugak I lari-lari manja pegi ambik encik henfon sebab nak snap muka orang penyembur [?] tuh. Tup tup pakcik. Ingatkan abang kacak! Kuikuikui. Lempang laju-laju I sekarang. Makin tua, makin gatal! ;p
Pakcik tuh datang belah kanan. Time nie I dah siap sedia tutup hidung. I tahu semburan nie bau busuk! Busuk sangat tau!
Dah kena sembur dah. Arghhh busuk! Busuk!
Nie kete umah jiran I. Bawak keluar baby. Ye lah baby baru 4,5hari macam tuh. Pakcik tuh naik sembur sampai dalam umah dia. Tapi umah I pakcik tu tak boleh naik. I kunci pintu. Hihi ;p
Tengok lah. Dia dah datang umah I. Semua gambar-gambar nie I ambik dari dalam umah. Kalau duk kat luar konfem I pengsan. Bau tuh ya ampun! Busuk!!!!!!!!!! 
Ambik kau! Sekali depan mata tengok dia sembur. Asap dia ada lah jugak masuk celah-celah tingkap. Hidu lah bau tuh puas-puas nak sangat ambik gambar kan? Hahahaha!
5minit kemudian, keadaan persekitaran umah I seperti biasa. 

Kelihatan makcik-makcik area umah I keluar untuk bergosip. Huhu termasuk Mom I. I pon join sekali. Alahai denggi punya pasal, I tak keluar umah tahu tak. Umah jiran I terbukak luas jek pintu, tingkap ape semua. Umah I tutup kemas macam takde orang. Hahahaha!

Sapa-sapa yang rasa dia ada tanda-tanda seperti kat atas tu, cepat-cepat pegi jumpa doktor ok? Pastu janganlah biarkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes nie berleluasa. Alah dalam tv pon dah tunjuk kan? Sila ambil perhatian ye. Renung-renungkan, selamat beramal ;p

Eh eh I dengan Izzat sihat-sihat sahaja! Peace ;)
 Bye!


10 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

ardinihumaira said...

memang bahay, kan... dah banyak kes mati skang ni. huhuuu

fmunyraz said...

acu sedar n malu gak.
mu tue besar, nek benda budak kecik.

xpatut2!

lau aku xpo r. :P

enyheartsdiamond said...

nanti kerja eny macam ni lah.. tapi, bukan yg pegang mesin tu.. pantau-pantau atau survey dr rumah ke rumah ;)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

dalam 2minggu lepas kot, jiran l0lly kena denggi hoho =O

abes satu perumahan kene sembur.

dak eina said...

@ardinihumaira

tau takpe...arini bertambah lg budak2 demam kt kawasan umah eina nie..

dak eina said...

@fmunyraz

mu ingat aku nk nek sgt ke benda tuh. aku kena teman ank sedara aku lah..tp best wo naek benda nie...tebal muka2 aku. hahaha

dak eina said...

@enyheartsdiamond

oh ye ke eny? kiranya keje kat klinik kesihatan lah ye??

dak eina said...

@miss lolly a.k.a luvfareda

oh sekarang nie mkin ramai yg kena denggi kt area umah eina...

Pena Crystal said...

aisyoo..denggi sgt bahaya ouh..kdg2 kita tak sedar pon.haishh.minta dijauhkan..=p

dak eina said...

@Arra JaSmY

ye2 bet0l3..mntk dijauhkan..kte kena buat lgkh2 pencegahan tu jugak ;)


design with love by Dak Eina