kite kawan

30 July 2010

~~bercerita mengenai denggi lagi!

Salam Buat Semua.
 
Sambungan dari entry nie, mak aih dasyat benor dah denggi sekarang. 

Hari nie, area umah I dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Klinik Kesihatan Kota Bharu. Diorang datang untuk ambil sikit maklumat setiap umah. Diorang tanya alamat umah, bilangan / nama / umur ahli dalam umah.

Setakat petang tadi, dah bertambah bilangan orang yang demam. Semalam 2orang jek. Hari nie dalam 5-7orang lah. Jiran sebelah umah pon ada yang demam.

Kena semakin berhati-hati lah sekarang nie.

Abah I pon dah tak larang kami duk kat luar umah time senja. Time camtu lah nyamuk Aedes mencari mangsa.

So korang pon janganlah keluar berkeliaran kat luar umah time senja tuh. Nyamuk Aedes ini suka mengigit manusia pada awal pagi dan senja tau.
Sila lah ambil perhatian semua, demam denggi nie sangat berbahaya dan boleh membawa MAUT.

Kalau korang atau keluarga menunjukkan tanda-tanda penyakit DEMAM DENGGI, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran. Kita jugak perlu hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes nie.
Terima kasih pada GOOGLE.
TIADA AEDES TIADA DENGGI.

=)

Bye!


2 orang mendoakan Dak Eina kurus =):

ardinihumaira said...

tadi banyak kali dni tekan entry ni tapi dia tulispage not found. hehe... skang baru dapat. ;) bahaya denggi.. cikgu dni dulu demam 4 hari, meninggal... hari dia meninggal tu hari wife dia bersalin... memang sedih sangat:'(


jum jadi pembunuh... eh, maksud dni... bunuh aedes hehehe ;p

dak eina said...

@ardinihumaira

hihi sebab nk buat scheduled kononnye..hahaha tp xjd..last2 drafkan dlu..huhu sory ye dni xsengaja. ;p

memang bhy sgt..eina pon tkut taw. kena jd pembunuh bersiri aedes skang nie..hihi


design with love by Dak Eina